Jamil Khir mahu bersihkan nama di mahkamah

LocalPolitics
14 Sep 2026 • 11:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jamil Khir mahu bersihkan nama di mahkamah
Jamil Khir (kanan) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan berkaitan siasatan RCI Tabung Haji pada Isnin. Foto SINAR HARIAN-ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Jamil Khir Baharom mahu menggunakan proses perbicaraan di mahkamah bagi membersihkan namanya.

Ia berhubung tiga pertuduhan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan berkaitan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.

Jamil Khir berkata, beliau akan membela diri di mahkamah dan yakin proses perundangan itu akan memberikan keadilan terbaik kepadanya.

"Saya akan membela diri saya di mahkamah kerana ini antara tempat yang terbaik untuk mendapatkan keadilan.

"Saya yakin mahkamah akan memberikan yang terbaik (keadilan), tentunya ada balas hujah dan sebagainya," katanya dalam sidang akhbar di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini pada Isnin.

Menjelaskan pertuduhan yang dihadapinya, Jamil Khir berkata ia berkaitan sewaan hotel, yang menurutnya merupakan perkara penting dalam pengurusan Tabung Haji.

Terdahulu, Jamil Khir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan berkaitan siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji dan diikat jamin RM300,000.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved