Kena ‘tegur’ dengan polis tak patuh lampu isyarat

11 Aug 2026 • 12:26 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kena ‘tegur’ dengan polis tak patuh lampu isyarat

PETALING JAYA – Tindakan seorang anggota polis trafik menegur seorang penunggang motosikal yang tidak mematuhi lampu isyarat tanpa mengeluarkan saman menarik perhatian pengguna media sosial.

Menerusi video yang tular di TikTok, anggota berkenaan dilihat menghentikan penunggang motosikal terbabit sebelum memberikan teguran dan nasihat supaya tidak mengulangi kesalahan sama.

Walaupun kesalahan itu boleh dikenakan tindakan, anggota polis berkenaan dilihat memilih pendekatan berhemah dengan menasihati penunggang terbabit mengenai kepentingan mematuhi peraturan jalan raya.

Situasi itu mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial yang menyifatkan tindakan anggota berkenaan sebagai satu bentuk teguran yang baik dalam mendidik pengguna jalan raya.

“Saya suka anggota polis yang bagi nasihat seperti anggota ini,” kata Palestine.

“Pernah dalam keadaan begini, jumpa polis trafik mudah bincang, lepas itu ingat sampai sekarang. Tak buat dah,” kata Irfan.

“Baguslah tegur secara berhemah dan si pelaku pun baguslah hormat mengaku salah diri sendiri,” kata Little Baby. – KOSMO! ONLINE

The post Kena ‘tegur’ dengan polis tak patuh lampu isyarat appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved