Video Lelaki Berang & Serang Myvi Biru Di Tengah Jalan Raya Ketika Lampu Isyarat Merah Curi Perhatian

25 Jun 2026 • 10:46 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Video Lelaki Berang & Serang Myvi Biru Di Tengah Jalan Raya Ketika Lampu Isyarat Merah Curi Perhatian

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Ada segelintir pengguna jalan raya dilihat mementingkan diri dengan memandu dalam keadaan berbahaya sehingga boleh menyusahkan pengguna lain.

Kadangkala, sikap mereka ini boleh menjadi punca pergaduhan dan mencetuskan kemarahan lebih-lebih lagi jika membahayakan nyawa orang lain.

Lelaki Berang, Serang Myvi Biru Di Tengah Jalan Raya

Semalam (24 Jun), tular di media sosial perbuatan seorang lelaki yang berang dan menyerang sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna biru di tengah jalan raya ketika sedang menunggu lampu isyarat.

Menerusi video tular, kelihatan lelaki berkenaan keluar daripada keretanya iaitu Proton Saga berwarna merah dan meluru ke arah bahagian hadapan tempat duduk penumpang Myvi terbabit.

Apa yang menjadi perhatian adalah lelaki berkenaan dilihat terus menumbuk cermin bahagian kiri sebelum membuka pintu dan masuk ke dalam Myvi biru berkenaan.

Isteri Keluar Kereta Sambil Dukung Bayi Leraikan Pergaduhan

Dalam rakaman sama, kelihatan lelaki terbabit terus menyerang pemandu Myvi itu di dalam kereta sebelum dileraikan oleh seorang wanita yang dipercayai isteri kepada lelaki itu.

Melalui video tersebut, wanita berkenaan dilihat keluar dari Proton Saga berwarna merah sambil mendukung seorang bayi.

Lelaki itu kemudiannya pergi ke tempat duduk pemandu dan berkata sesuatu sebelum memasukkan semula barangan seperti topi dan plastik makanan yang keluar daripada Myvi biru itu sewaktu pergaduhan berlaku.

“Wah, dia kira orang baik la. Dia sudah hentam (pukul), dia kasi balik barang, dia memang gentle. Marah-marah (juga) tapi barang orang jatuh, dia bagi balik,” kata individu yang merakam kejadian berkenaan.

Walau bagaimanapun, tarikh dan lokasi kejadian tidak diketahui.

View this post on Instagram

A post shared by 身骑White horse (@choong8898)

Lelaki Pandu Kereta Saga Dakwa Pemandu Myvi ‘Pancung’ Kereta Rapat-Rapat

Namun menerusi ruangan komen, seorang individu yang mendakwa dirinya adalah lelaki berkenaan menceritakan punca sebenar kejadian.

Jelasnya, pemandu Myvi itu memandu dalam keadaan berbahaya ketika dia memandu Proton Saga berkenaan di lorong kanan.

Apatah lagi pada ketika itu dia sedang membawa isteri dan anaknya yang merupakan seorang bayi.

“Saya naik angin sebab brader tu pancung depan kereta saya rapat-rapat oleh sebab saya duduk belah kanan.

“Tapi patut ke dia pancung rapat-rapat depan kereta saya? Kalau ye pun nak potong, (beri) high beam ataupun hon sekali saya fahamlah, ini tak, bawa laju-laju lepas tu potong sebelah kanan dan pancung rapat-rapat depan kereta saya.

“Dahla saya bawak baby kecil, kalau saya accident tadi macam mana? Dia dah membahayakan saya, isteri dan anak saya.

“Siapa tak marah kalau macam samseng pancung kereta orang. Saya pun ajarlah dia cara beradab. Saya balas dekat dia sikit je berbanding dengan risiko saya tadi,” jelasnya.

Pada masa sama, dia turut meminta pengguna Instagram berkenaan untuk menurunkan video itu.

Image from: Video Lelaki Berang & Serang Myvi Biru Di Tengah Jalan Raya Ketika Lampu Isyarat Merah Curi Perhatian

Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi

Perkongsian yang telah mendapat lebih 1.2 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri sebaik melihat insiden pergaduhan itu.

Sesetengah warganet berpendapat berkemungkinan pemandu Myvi biru itu telah melakukan sesuatu yang mencetuskan kemarahan lelaki berkenaan apatah lagi Proton Saga itu dinaiki oleh isteri dan anaknya yang merupakan seorang bayi.

Namun ada warganet merasakan lelaki terbabit seharusnya bersabar dan mengawal kemarahan serta tidak berkelakuan sebegitu.

Ini antara komen warganet:

“Ini Mesti Myvi Biru Tu Bawa Tak Betul Sampai Bahayakan Anak Bini Dia, Tu Yang Dia Mengamuk Tu”

Image from: Video Lelaki Berang & Serang Myvi Biru Di Tengah Jalan Raya Ketika Lampu Isyarat Merah Curi Perhatian

“Tak Kira Salah Siapa, Siapa Serang, Dia Yang Kena. Ingat, Kena Tahan Sabar”

Image from: Video Lelaki Berang & Serang Myvi Biru Di Tengah Jalan Raya Ketika Lampu Isyarat Merah Curi Perhatian

“Kita Yang Tak Tahu Apa Baik Tengok Je, Sebab Kita Tak Ada Dekat Tempat Brader Tu, Kita Tak Tahu Apa Sebenar Yang Dah Jadi”

Image from: Video Lelaki Berang & Serang Myvi Biru Di Tengah Jalan Raya Ketika Lampu Isyarat Merah Curi Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: Tular Rakaman Video Lelaki Mengamuk, Ketuk Kereta Wanita Guna Kayu Besbol Cetus Perdebatan

Baca Artikel Berkaitan: “Dah Salah, Lagi Nak Baran” – Pemandu Myvi Berang Kena Hon Selepas Halang Laluan Dikecam [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved