[VIDEO] Tong gas, minyak terpakai penduduk, peniaga Puncak Alam kena ‘kebas’

24 Sep 2026 • 2:24 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Tong gas, minyak terpakai penduduk, peniaga Puncak Alam kena ‘kebas’

PETALING JAYA – Seorang peniaga mendakwa tong gas dan minyak masak terpakai di premisnya di Fasa 3, Puncak Alam, menjadi sasaran kecurian individu sama.

Dakwaan itu dikongsikan pengguna Threads @nikaizuu menerusi satu hantaran selepas kejadian terbaharu membabitkan kehilangan tong gas pada 22 September lalu, kira-kira pukul 1.51 petang.

Menurutnya, minyak masak terpakai di kedainya sebelum ini sudah beberapa kali dicuri, namun dia memilih untuk tidak memanjangkan perkara berkenaan.

“Bila saya kongsi di kumpulan Puncak Alam Community, rupa-rupanya ini bukan masalah kedai saya sahaja, tetapi jadi masalah komuniti setempat.

“Ramai yang kongsikan bukti dia pernah mencuri di kawasan sekitar sini,” katanya.

Peniaga itu turut mendakwa ibu dan ayah tiri individu berkenaan hadir menemuinya di kedai bagi berkongsi keluhan mengenai masalah yang berlaku.

Katanya, permintaan untuk menggantikan kerugian bagaimanapun tidak dipersetujui kerana keluarga terbabit didakwa sudah terlalu banyak menanggung kes membabitkan lelaki berkenaan.

“Saya juga yang tanggung kos. Saya anggap ini takdir, ujian daripada Allah. Tidak mengapa,” katanya.

Susulan kejadian yang didakwa semakin menjadi masalah komuniti, dia berkata akan mendapatkan bantuan pihak polis bagi membincangkan tindakan terbaik berhubung perkara itu.

Dalam hantaran sama, peniaga itu mendakwa lelaki berkenaan turut terbabit dalam beberapa kes lain termasuk mencuri besi longkang di sebuah surau dan mengugut untuk membunuh ibunya.

“Dan kepada pembeli tong gas dan juga pembeli minyak masak terpakai, tolong jangan beli daripadanya, sebagai salah satu cara untuk hentikan jenayah dia. Jika anda tahu dan masih membeli, anda dikira bersubahat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Tong gas, minyak terpakai penduduk, peniaga Puncak Alam kena ‘kebas’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved