[VIDEO] Nahas helikopter KKM: Juruterbang baik, layan kerenah penumpang

9 Sep 2026 • 12:03 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Nahas helikopter KKM: Juruterbang baik, layan kerenah penumpang

PETALING JAYA – Pengalaman menaiki helikopter yang sama kira-kira dua minggu lalu menjadi kenangan buat seorang wanita selepas juruterbang terbabit disahkan antara individu yang terlibat dalam nahas berhampiran STOLport Long Lellang, Sarawak, hari ini.

Menerusi perkongsian di Threads, pengguna dikenali sebagai Ami_rah_97 berkata, juruterbang Kapten Zainol Afiq merupakan seorang yang baik dan sentiasa melayan kerenah penumpang.

“Juruterbang yang sama membawa saya hanya dua minggu lalu ketika FDS (Flight Duty Schedule). Dia seorang yang baik, melayan sahaja kerenah kami,” katanya.

Dalam perkongsian sama, dia turut mendoakan agar semua mangsa yang terkorban ditempatkan di syurga.

“Semoga syurga buat mereka yang terkorban,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan juruterbang dan penumpang helikopter BO-105 yang dilaporkan terhempas serta terbakar sepenuhnya di kawasan Lapangan Terbang Long Lellang, sudah dikenal pasti.

Individu terbabit dikenal pasti sebagai Kapten Zainol, Dr Ainul, Penolong Pegawai Perubatan (PPP) Alexson Adit dan dua jururawat, Debra Moset serta Jessie Paya. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Nahas helikopter KKM: Juruterbang baik, layan kerenah penumpang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved