![Image from: [VIDEO] Nahas Jalan Kuching: Pemandu BYD tiba di mahkamah bagi pendakwaan](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-15-at-9.11.27-AM-1024x768.jpeg)
KUALA LUMPUR – Pemandu kereta BYD yang terlibat kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Kuching yang mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun tiba di Mahkamah Majistret di sini.
Lelaki berusia 20-an tiba pada pukul 8.59 pagi dengan diiringi anggota polis trafik selepas ditahan pukul 11.30 pagi semalam.
Hari ini, pemandu itu akan berdepan dengan tiga pertuduhan melibatkan Seksyen 41(1), Seksyen 42(2) dan Seksyen 52(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan polis sedang melengkapkan siasatan kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Kuching Sabtu lalu, yang mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa dilapor berkata, pemandu BYD Seal sebelum ini menerima rawatan di sebuah hospital swasta. – KOSMO! ONLINE
View this post on Instagram
The post [VIDEO] Nahas Jalan Kuching: Pemandu BYD tiba di mahkamah bagi pendakwaan appeared first on Kosmo Online.






