[VIDEO] Pagi ini nampak Sulong jalan balik hala Titiwangsa

30 Aug 2026 • 10:29 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Pagi ini nampak Sulong jalan balik hala Titiwangsa

PETALING JAYA – “Pagi ini ada nampak Sulong jalan balik hala Titiwangsa.”

Demikian perkongsian seorang pengguna Threads yang memaklumkan kemunculan semula seekor gajah jantan dikenali sebagai Sulong Chalil selepas tiga hari tiada perkembangan mengenainya dikongsikan di media sosial.

Pengguna Threads @fynaasha berkata, dia terserempak dengan haiwan itu kira-kira pukul 8.03 pagi tadi ketika melalui laluan dari Titiwangsa.

Menurutnya, dia pada awalnya hanya menyebut kemungkinan terserempak dengan Sulong sebelum beberapa kenderaan di hadapannya memberi isyarat lampu tinggi.

“Baru je cakap kot jumpa gajah Sulong, tak lama lepas tu kereta bagi high beam (lampu tinggi), kawasan sini kalau high beam (lampu tinggi) selalunya ada gajah.

“Tengok-tengok Sulong ada tepi jalan tengah menghala Titiwangsa, betul lah kaki dia dah kering,” katanya dalam perkongsian itu.

Perkongsian tersebut turut disertakan dengan video memaparkan Sulong berada di tepi jalan dengan keadaan kakinya yang sebelum ini menjadi perhatian orang ramai dilihat semakin pulih.

Wanita itu berkata, dia akan melalui kawasan sama sekali lagi esok dan berjanji untuk berkongsi perkembangan sekiranya terserempak semula dengan Sulong.

“Esok saya lalu lagi kawasan sini, kalau nampak Sulong saya akan update (kongsi perkembangan),” katanya.

Perkongsian berkenaan mendapat respons orang ramai yang melahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas perkembangan terbaharu mengenai Sulong selepas beberapa hari tiada kemas kini mengenainya di media sosial.

Seorang pengguna @aireneia berkata, dia berasa lega selepas mengetahui keadaan Sulong.

“Alhamdulillah, terima kasih kongsi perkembangan berkaitan Sulong,” katanya.

Seorang lagi pengguna @sarahbelle_04 turut bersyukur apabila luka pada kaki gajah berkenaan dilaporkan telah kering.

Sementara itu, @zura_nasri berharap perkembangan mengenai Sulong terus dikongsikan kepada orang ramai.

“Terima kasih info…mohon kongsi ye,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Pagi ini nampak Sulong jalan balik hala Titiwangsa appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved