
PETALING JAYA – Pengguna media sosial mula mempersoalkan tindakan sebuah Perodua Myvi menggunakan lorong motosikal ketika waktu puncak di Lebuh Raya Persekutuan petang semalam.
Dakwa beberapa pengguna, pemandu kereta tersebut dipercayai sengaja menggunakan lorong motosikal bagi mengelakkan kesesakan.
Ini kerana kata mereka, pemandu Myvi kuning tersebut tidak keluar melalui susur yang disediakan sekiranya dia tersalah memasuki lorong motosikal.
Berdasarkan klip video yang dikongsi di aplikasi Threads oleh pengguna dikenali sebagai Musbhr, kelihatan kereta tersebut selamba menggunakan laluan motosikal sehingga mengganggu pengguna lain.
“Balik kerja dah penat, dia buat lagi penat,” luahnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna mengecam perbuatan pemandu itu yang sengaja menggunakan lorong motosikal untuk mengelak kesesakan.
“Pemandu tu memang sengaja nak lalu ikut laluan motor, tengok cara memandu pun dah tahu. Sebab dia tahu kat mana bonggol, cara bawak dalam terowong rasanya pemandu ini mungkin juga penunggang yang biasa bawa motor kat laluan motor,” tulis Ainsyafieyra_ruzita.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Kalnice.
“Ini sengaja je, punya banyak exit (lsusur keluar) pun dia buat keras jugak,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Tersalah masuk lorong atau memang sengaja?’ appeared first on Kosmo Digital.






