[VIDEO] Pas setuju kekalkan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang

LocalPolitics
13 Jun 2026 • 5:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [VIDEO] Pas setuju kekalkan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang
Image from: [VIDEO] Pas setuju kekalkan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang
Abdul Hadi berkata, Pas setuju melantik semula Hamzah sebagai Ketua Pembangkang.
Image from: [VIDEO] Pas setuju kekalkan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang
Pas dan Gerakan Reset mencapai persetujuan untuk mengekalkan Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang,
Image from: [VIDEO] Pas setuju kekalkan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang
Gerakan Reset Malaysia yang diterajui Datuk Seri Hamzah Zainudin dilihat semakin mendapat perhatian apabila berjaya menghimpunkan ramai penyokong dalam konvensyen sulungnya di Tanah Merah.
Image from: [VIDEO] Pas setuju kekalkan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang
Hadir sama Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Image from: [VIDEO] Pas setuju kekalkan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang
Penyokong yang memenuhi Kota Harmoni pada Sabtu.
Image from: [VIDEO] Pas setuju kekalkan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang
Gerakan Reset Malaysia yang diterajui Datuk Seri Hamzah Zainudin dilihat semakin mendapat perhatian apabila berjaya menghimpunkan ramai penyokong dalam konvensyen sulungnya di Tanah Merah.
Image from: [VIDEO] Pas setuju kekalkan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang
Hadir sama, Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar juga Menteri Besar Terengganu.

TANAH MERAH - [DIKEMAS KINI] Datuk Seri Hamzah Zainuddin dilantik semula sebagai Ketua Pembangkang.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Konvensyen Gerakan Reset yang berlangsung di Tapak Ekspo Kota Harmoni di sini pada Sabtu.

Menurut Abdul Hadi, keputusan itu dicapai secara persetujuan bersama antara Pas dan Gerakan Reset, termasuk melalui mesyuarat kepimpinan serta Akuan Bersumpah (SD) oleh Ahli Parlimen terlibat.

ARTIKEL BERKAITAN: Hamzah umum tubuhkan Parti Wawasan Negara

**media[3550103]**

“Kami ambil kira pandangan ahli-ahli Parlimen semua sekali, bukan Pas saja. Kita mendapat suara daripada ahli-ahli Parlimen.

“Maka Pas membuat keputusan bersetuju meneruskan Hamzah jadi Ketua Pembangkang, itu satu ‘gol’,” katanya ketika ucapan perasmian Konvensyen Gerakan Reset di Kota Harmoni di sini.

Beliau turut menegaskan bahawa Perikatan Nasional (PN) akan mengekalkan kepimpinan sedia ada dalam gabungan berkenaan, termasuk mengekalkan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi PN.

“Yang kedua kami kekalkan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi PN,” katanya.

**media[3550086]**

Sementara itu, ketika ditanya adakah kerjasama yang terjalin ketika ini merupakan jajaran baharu politik Pas, Abdul Hadi menafikan perkara itu sebaliknya beliau berkata mereka hanya memperkemaskan perkara yang sudah sedia ada.

Dalam perkembangan sama, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang mendakwa beberapa tokoh besar politik, termasuk bekas menteri, bekas exco serta tokoh NGO dan kesatuan pekerja akan menyertai Pas.

“Malam ini di Negeri Sembilan kami akan umumkan beberapa tokoh-tokoh besar parti politik termasuk dari Barisan Nasional, bekas menteri, bekas exco, tokoh NGO dan kesatuan pekerja akan masuk parti kami malam ini di Negeri Sembilan.

“Ini keputusan yang mengejutkan. Insya-Allah kami akan buat satu perubahan yang akan menggerakkan jentera ke arah perubahan menyelamatkan negara,” katanya.

Beliau berkata pengumuman kemasukan tokoh-tokoh berkenaan akan dibuat dalam satu majlis di Negeri Sembilan pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hamzah umum tubuhkan Parti Wawasan Negara

 

 


 

Hampir 20,000 penuhi Konvensyen Reset

TANAH MERAH – Hampir 20,000 penyokong dari seluruh negara membanjiri Kota Harmoni di sini bagi menghadiri Konvensyen Reset Malaysia yang diadakan buat pertama kali pada Sabtu.

Kehadiran luar biasa itu menyaksikan kawasan tapak ekspo berkenaan mula dipenuhi peserta seawal jam 9 pagi dengan mengenakan pakaian serba putih sebagai simbol perpaduan dan kesepakatan.

**media[3550085]**

Ahli Parlimen Tanah Merah juga tuan rumah konvensyen, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, konvensyen sulung itu bakal menjadi catatan sejarah tersendiri apabila berjaya menghimpunkan penyokong daripada pelbagai latar belakang dalam satu program.

Menurut beliau, kehadiran besar tersebut membuktikan rakyat masih mahu melihat usaha penyatuan yang mampu membawa kestabilan dan masa depan lebih baik kepada negara.

**media[3550088]**

“Konvensyen hari ini akan menjadi satu catatan sejarah. Kehadiran peserta dari seluruh negara menunjukkan rakyat menyambut baik usaha penyatuan yang sedang digerakkan.

“Kami hadir bukan untuk bermusuh dengan sesiapa dan bukan juga untuk menyerang mana-mana pihak. Sebaliknya, kami berkumpul di sini bagi mengorak langkah ke arah penyatuan umat serta memperkukuhkan kesatuan orang Melayu dan Islam,” katanya ketika berucap pada konvensyen berkenaan.

Beliau berkata, usaha penyatuan tersebut tidak bermaksud mengenepikan kaum lain, sebaliknya bertujuan memastikan Malaysia terus kekal harmoni melalui semangat saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

“Kami mahu memastikan negara ini terus aman dan harmoni. Pada masa sama, hubungan antara kaum perlu terus diperkukuhkan berasaskan rasa hormat dan persefahaman,” katanya.

**media[3550087]**

Ikmal turut menyifatkan kehadiran Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang dijadual merasmikan konvensyen berkenaan pada jam 4 petang itu sebagai satu penghormatan besar kepada semua penyokong.

Menurutnya, Abdul Hadi merupakan tokoh yang dihormati bukan sahaja sebagai seorang ulama, malah sebagai pemimpin politik yang berjaya membawa Pas mencapai pelbagai kejayaan sehingga menjadi antara parti paling berpengaruh di negara ini.

Program berkenaan turut menghimpunkan masyarakat pelbagai lapisan termasuk golongan profesional, belia, usahawan, aktivis masyarakat, komuniti Orang Asli serta peserta daripada pelbagai negeri.

**media[3550086]**

Turut hadir beberapa bekas pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), antaranya Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Wan Saiful Wan Jan selain pimpinan Pas serta tokoh politik dari seluruh negara.

Hadir sama, Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar juga Menteri Besar Terengganu, Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai serta Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Gerakan Reset Malaysia yang diterajui Datuk Seri Hamzah Zainudin dilihat semakin mendapat perhatian apabila berjaya menghimpunkan ramai penyokong dalam konvensyen sulungnya di Tanah Merah.

Kehadiran besar itu dilihat memberi gambaran awal bahawa gerakan berkenaan mempunyai daya tarikan tersendiri serta berpotensi memainkan peranan penting dalam mencorakkan landskap politik negara pada masa hadapan.