[VIDEO] Peragut larikan beg RM3,000 diburu

17 Nov 2026 • 8:22 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Peragut larikan beg RM3,000 diburu

KOTA TINGGI – Niat seorang wanita mencari rezeki di sebuah medan selera di sini berakhir tragedi apabila mengalami kerugian kira-kira RM3,000 selepas beg tangannya dicuri seorang lelaki semalam.

​Kejadian pada pukul 3.58 petang di Medan Selera Sanggar Kota itu turut tular di media sosial selepas rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) merakam aksi suspek melarikan beg tangan mangsa.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, mangsa yang juga wanita tempatan berusia 41 tahun ketika kejadian berada di hadapan gerai sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali.

Menurutnya, suspek kemudian mengambil beg tangan milik mangsa yang diletakkan di atas meja sebelum melarikan diri.

“Beg tangan itu mengandungi beberapa barangan peribadi milik mangsa dengan jumlah kerugian dianggarkan RM3,000,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Yusof berkata, hasil siasatan awal mendapati rakaman CCTV di kawasan kejadian menunjukkan seorang lelaki disyaki terbabit berlari ke arah sebuah kereta sambil membawa beg tangan berkenaan sebelum beredar dari lokasi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nor Ayu Hidayah di talian 019-9089066 atau hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.-KOSMO! ONLINE

The post [VIDEO] Peragut larikan beg RM3,000 diburu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved