Tukang masak Malaysia ditahan, ganja RM2.3 juta dirampas di Mauritius

29 Oct 2026 • 8:46 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tukang masak Malaysia ditahan, ganja RM2.3 juta dirampas di Mauritius

PETALING JAYA – Seorang tukang masak warga Malaysia ditahan selepas 17.88 kilogram (kg) ganja bernilai kira-kira RM2.3 juta ditemukan dalam beg pakaiannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Sir Seewoosagur Ramgoolam, Plaisance, Mauritius, pada 23 Oktober lalu.

Memetik laporan Defimedia.info, dadah berkenaan ditemukan dalam 17 bungkusan mampat ketika pemeriksaan terhadap penumpang pesawat EK709 dari Dubai yang tiba kira-kira pukul 3 petang.

Pada hari kejadian, pegawai Unit Anti Dadah dan Penyeludupan (ADSU) bersama Bahagian Antinarkotik Kastam (CANS) menjalankan pemeriksaan terhadap beberapa penumpang yang menimbulkan kecurigaan pihak berkuasa.

Beg pakaian milik suspek, yang bekerja sebagai tukang masak, kemudian diperiksa menggunakan pengimbas sebelum pemeriksaan lanjut menemukan dadah seberat 17.88kg dengan nilai pasaran dianggarkan 25.5 juta rupee Mauritius.

Susulan penemuan itu, suspek ditahan dan disoal siasat oleh penyiasat ADSU.

Pihak berkuasa kemudian menjalankan operasi penghantaran terkawal dengan menggantikan dadah berkenaan menggunakan bungkusan palsu bagi mengenal pasti penerima yang disyaki.

Bagaimanapun, operasi itu gagal membawa kepada penahanan penerima berkenaan apabila individu terbabit tidak hadir untuk mengambil bungkusan tersebut.

Telefon bimbit suspek turut dirampas untuk pemeriksaan bagi membantu siasatan, manakala wang tunai sebanyak 8,150 rupee Mauritius serta mata wang Malaysia dan Thailand turut ditemukan dalam miliknya.

Suspek kemudian ditahan polis atas tuduhan sementara mengedar dadah melalui pengimportan dadah berbahaya dengan dakwaan untuk tujuan pengedaran. – KOSMO! ONLINE

The post Tukang masak Malaysia ditahan, ganja RM2.3 juta dirampas di Mauritius appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved