KOTA TINGGI - Tiga individu berdepan detik cemas selepas kereta dinaiki melanggar seekor gajah yang tiba-tiba melintas di Kilometer 49, Jalan Johor Bahru - Mersing, di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku jam 10.50 malam.
Menurutnya, mereka yang menaiki Perodua Bezza itu sedang dalam perjalanan dari Kota Tinggi ke Mersing.
“Setibanya di lokasi kejadian, mereka tidak sempat mengelak lalu melanggar belakang gajah tersebut.
“Bagaimanapun, pemandu dan dua penumpang kereta berkenaan tidak mengalami kecederaan,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Video perlanggaran berdurasi tujuh saat itu tular di media sosial.


![[VIDEO] Perodua Bezza rempuh gajah, tiga terselamat](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-04-at-15.40.52-1024x768.jpeg)


