[VIDEO] PRN Melaka: Pas nafi sepentas umum calon dengan BN

LocalPolitics
23 Oct 2026 • 12:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [VIDEO] PRN Melaka: Pas nafi sepentas umum calon dengan BN
Image from: [VIDEO] PRN Melaka: Pas nafi sepentas umum calon dengan BN
Tuan Ibrahim

KOTA BHARU – Pas menafikan akan mengumumkan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka secara bersama atau sepentas dengan Barisan Nasional (BN) seperti yang dinyatakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.

**media[3686873]**

Sebaliknya, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu dijangka mengumumkan calon yang akan bertanding pada 28 atau 29 Oktober ini, iaitu pada minggu terakhir sebelum hari penamaan calon.

“Setakat ini tidak. Kita akan umum pada minggu-minggu akhir, sama ada 28 atau 29 hari bulan,” katanya pada sidang akhbar di sini pada Jumaat.

Terdahulu, beliau menyampaikan ceramah pada Kuliah Pagi Jumaat Perdana sempena Karnival Rakyat 36 Tahun Membangun Bersama Islam (MBI) di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV.

Pada Khamis, media melaporkan BN dan Pas dijangka berkongsi pentas bagi mengumumkan calon masing-masing untuk PRN Melaka pada Sabtu ini.

Menurut Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pengumuman berkenaan dijadualkan berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, Pas sebelum ini memberi ruang kepada BN untuk membuat pengumuman calon terlebih dahulu sebelum parti itu mengumumkan senarai calonnya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan perkara yang lebih penting ketika ini ialah memastikan kerjasama antara parti-parti yang terlibat berjalan lancar sepanjang PRN Melaka.

“Yang penting ialah kerjasama itu dapat diteruskan dengan baik dan memberi kekuatan kepada parti-parti yang terlibat,” katanya.

Menurut beliau, pendekatan yang digunakan dalam kerjasama tersebut adalah berasaskan persefahaman antara parti, sama seperti model kerjasama yang dilaksanakan ketika Pilihan Raya Negeri Negeri Sembilan sebelum ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved