![Image from: [VIDEO] ‘Pukul 3 pagi, telefon meletup, terbakar’](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/8fb1d31e-1875-42c9-a55b-6a13572af6e8-1024x768.jpeg)
PETALING JAYA – Seorang wanita mendakwa telefon bimbitnya yang sedang dicas serta diletakkan di atas tilam meletup dan terbakar, dalam kejadian pada awal pagi ketika dia sedang tidur.
Menerusi video dikongsikan pada Thread Ada_amanda44, wanita itu memuat naik keadaan telefonnya selepas meletup serta tilam di atas katil yang berlubang terbakar.
“Just (cuma) nak bagi tahu korang, kalau tidur jangan cas telefon dan jangan letakkan telefon sebelah kepala korang. Tersangatlah bahaya, pagi tadi pukul 3 pagi, telefon meletup dan terbakar. Habis tilam,” menerusi kapsyen pada video dimuat naik hari ini.
Ia mendapat pelbagai maklum balas termasuk orang ramai yang berkongsi panduan sewaktu mengecas telefon sekali gus sebagai langkah berwaspada.
“Jangan cas telefon melebihi 100 sebab bateri cepat rosak. Cas dalam 80 hingga 93 peratus saja,” komen Ariffazman9.
“Cas atas kain memang cepat panas. Letak atas lantai atau selain daripada kain. Lepas tu adapter (penyesuai pengecas) tu jangan yang tipu punya (original). Kalau tak boleh dapat yang okey juga, jangan cas sepanjang malam,” kata Chageemagee.
“Jangan letak atas tilam masa tengah cas. Haba tak dapat nak bebas keluar. Terperam, lama-lama terlampau panas, kebabom,” kata Kucing oku. – KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] ‘Pukul 3 pagi, telefon meletup, terbakar’ appeared first on Kosmo Online.




