[VIDEO] ‘Pulangkan beg sebelum saya report polis’

12 Aug 2026 • 12:33 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Pulangkan beg sebelum saya report polis’

PETALING JAYA – Seorang remaja didakwa dengan selamba mengambil beg individu lain di sebuah pusat bermain boling di dalam sebuah kompleks beli-belah di Putrajaya, semalam.

Kejadian didakwa berlaku pada pukul 5.08 petang dan pemilik beg tersebut berkongsi tangkap layar rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menerusi akaun Threads @Asheepyy.

Pada video berkenaan, kelihatan seorang remaja perempuan pergi ke arah beg tersebut yang diletakkan di atas kerusi dan dia dilihat memandang sekeliling sebelum mengambil beg berkenaan.

“Minta adik dalam video ni buka hati pulangkan beg sebelum saya report (lapor) polis. Siapa yang kenal, minta dia pulangkan semula barang saya. Saya tahu adik sekolah di mana (jersi baju dah nyatakan baju sekolah mana),” menurut hantaran berkenaan.

Ia mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai selain ada yang mencadangkan pemilik beg itu untuk terus melaporkannya kepada pihak polis.

“Report polis je. Jadikan akibat atau kesan perbuatan ini satu pengajaran dan pembelajaran untuk anak ini. Pada saya, macam ni sahaja tindakan patut kita ambil demi kemenjadian murid, pelajar atau anak itu sendiri. Kita sebagai masyarakat sekeliling perlu bertindak tegas macam ni. Ambil bahagian kedua selepas ibu bapa mereka,” komen pengguna Threads @My Sanwiches.

“CCTV ada merata-rata pun masih ada yang nak mencuri. Pelik betul,” komen @Mayahairey.

“Tak payah tunggu dia pulangkan, report je polis. Report sekali dekat sekolah dia, biar jadi pengajaran,” komen @Kinn 7474. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Pulangkan beg sebelum saya report polis’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved