
KOTA BHARU: Kerajaan akan menambah baik aspek pemantauan menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan titik buta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal Satu dan Terminal Dua.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia bertujuan membantu agensi penguatkuasaan dalam mengesan ancaman keselamatan di pintu keluar dan masuk negara.
Katanya, ketika ini sebanyak 5,000 CCTV sudah dipasang di kedua-dua terminal KLIA.
“Sekiranya ada kawasan blind spot (titik buta) di KLIA, kita akan tambah baik. Agensi Kawalan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) ketika ini sedang dalam fasa kedua operasi melibatkan beberapa bentuk perolehan termasuk CCTV.
“Bagaimanapun, itu cuma dalam bentuk peralatan dan infrastruktur. Paling penting adalah pemantauan individu yang mengawasi atau mengendalikan infrastruktur itu terutamanya aspek standard latihan,” katanya selepas menyampaikan Pampasan Kematian (Skim Takaful Berkelompok) Kepada Keluarga Allahyarham Lans Koperal Mohamad Nur Hafiz Rahim di Kampung Hutan Pasir, Ketereh di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, seorang juruterbang warga Malaysia ditahan kerana disyaki cuba menyeludup sejumlah besar dadah, termasuk lebih 70,000 pil ekstasi sekitar 25 kilogram ke Indonesia.
Suspek berusia 39 tahun itu dilaporkan menerbangkan pesawat Malaysia Airlines MH727 dari Kuala Lumpur ke Jakarta sebelum ditahan pada Rabu, 29 Julai, di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.-UTUSAN
The post Kerajaan sedia tambah baik CCTV di kawasan titik buta KLIA appeared first on Utusan Malaysia.


![[VIDEO] ‘Pulangkan beg sebelum saya report polis’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/curi-beg-1024x768.jpeg)


![[VIDEO] Kurang 10 saat, pemandu kelisa, penunggang motor selisih maut](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/POKOK-TUMBANG-TULAR-VIRAL-2-1024x689.jpeg)
