[VIDEO] Puluhan motosikal penuhi Melaka Sentral halang laluan

6 Sep 2026 • 11:15 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Puluhan motosikal penuhi Melaka Sentral halang laluan

PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan besar penunggang motosikal berkumpul sehingga memenuhi sebahagian persimpangan berhampiran Melaka Sentral mengundang rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai.

Menerusi beberapa rakaman yang dikongsikan di Threads, kelihatan ratusan motosikal berada di sekitar persimpangan lampu isyarat berhampiran Jambatan Tun Teja, dipercayai malam tadi.

Keadaan tersebut menyaksikan motosikal memenuhi beberapa bahagian persimpangan, manakala kenderaan lain dilihat cuba melalui kawasan berkenaan.

Seorang pengguna Threads, @aidrcd mempersoalkan tujuan kumpulan berkenaan berkumpul di tengah jalan sehingga didakwa menyukarkan pengguna lain untuk meneruskan perjalanan.

“Kenapa berkumpul dekat tengah jalan macam ini? Ada apa sebenarnya? Kamu semua ada perjumpaan apa? Kesian kereta-kereta itu tidak dapat lalu.

“Janganlah menyusahkan orang macam ini. Bukan kamu tahu kot-kot ada yang mengalami kecemasan,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna, @nashwafaqihah turut mendakwa keadaan tersebut menyebabkan kenderaan terpaksa lebih berhati-hati ketika melalui persimpangan berkenaan.

“Betul-betul di tengah lampu isyarat Melaka Sentral. Kereta pun takut-takut hendak jalan. Tengoklah suami saya, sepatutnya boleh jalan ketika lampu hijau. Mereka selamba sahaja,” katanya.

Pengguna lain, @mohd_fifirah15 pula berkata pekerjaannya sebagai pemandu e-hailing turut terjejas apabila terpaksa membatalkan tempahan akibat kelewatan perjalanan.

“Saya buat Grab terpaksa batalkan tempahan sebab lambat kerana perlu mencelah kumpulan motosikal ini. Budak-budak hendak tegur pun tidak boleh, boleh melekat helmet di kepala,” tulisnya.

Setakat ini, belum dapat dipastikan tujuan kumpulan penunggang motosikal berkenaan berkumpul di lokasi tersebut atau sama ada terdapat sebarang operasi atau tindakan pihak berkuasa susulan kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Puluhan motosikal penuhi Melaka Sentral halang laluan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved