![Image from: [VIDEO] ‘Sejengkal pun tak lepas, padat sungguh LRT pagi ni’](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/LRT-SESAK-PAGI-1024x768.jpeg)
PETALING JAYA – “Sejengkal pun tak lepas,” itu antara gambaran pengguna mengenai keadaan sesak luar biasa di beberapa stesen dan tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya pagi ini.
Menerusi perkongsian di Threads, beberapa pengguna mendakwa keadaan tren dan platform terutama di sekitar Wangsa Maju, Setiawangsa serta Gombak dipenuhi penumpang sehingga terpaksa berhimpit untuk menaiki tren.
Seorang pengguna, @fiqasop berkata, keadaan sesak itu berlaku seawal pukul 7 pagi melibatkan laluan Kelana Jaya dengan mempersoalkan sama ada fenomena tersebut berkait dengan corak bekerja secara hibrid.
“LRT laluan Kelana Jaya. Kenapa Selasa lagi sesak dari Isnin? Hybrid ke? Isnin kerja dari rumah, Selasa kerja di pejabat?,” soalnya.
Pengguna lain, @amirahhanii pula menyifatkan keadaan tren yang terlalu penuh sebagai petanda jumlah orang ramai yang menuju ke tempat kerja meningkat dengan ketara.
Sementara itu, @shenyawnzzn mendakwa keadaan sesak turut berlaku di Stesen Gombak.
“Dekat gombak pun dah penuh tren. Ada apa ramai-ramai sangat ni,” katanya.
Keadaan sama dilaporkan seorang lagi pengguna, @xtravaganzahhh yang terkejut melihat kesesakan sebaik tiba di Stesen Wangsa Maju.
“Terkejut naik tangga nampak macam ini. Hampir semua stesen penuh. Ini dekat Wangsa Maju,” kongsinya.
Lebih membimbangkan, beberapa pengguna lain mendakwa kesesakan semakin teruk ketika tren bergerak dari Wangsa Maju menuju Setiawangsa sehingga penumpang terpaksa berhimpit.
“Naik dekat Wangsa Maju tadi pun dah penuh, sampai Setiawangsa terus jadi ‘sushi’ kena himpit-himpit,” katanya. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] ‘Sejengkal pun tak lepas, padat sungguh LRT pagi ni’ appeared first on Kosmo Digital.

![[VIDEO] ‘Kuat macam ini, pokok pun boleh tumbang’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/f77bf076-15f7-41e1-add4-b5d1a41547ab-1024x768.jpeg)



