Pihak berkuasa gempur pusat komersial di Pandan Mewah

18 Aug 2026 • 4:04 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pihak berkuasa gempur pusat komersial di Pandan Mewah

PETALING JAYA: Polis menggempur pusat komersial di Taman Pandan dan Taman Pandan Mewah, Ampang dalam operasi bersepadu yang dijalankan bersama beberapa agensi penguat kuasa, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, operasi dari pukul 9 pagi hingga 4 petang itu menyaksikan seramai 217 warga asing diperiksa.

Katanya, hasil pemeriksaan, sebahagian warga asing yang diperiksa tidak memiliki dokumen perjalanan atau permit yang sah selain kesalahan berkaitan premis perniagaan dan bekalan elektrik juga turut dikesan.

“Individu yang melakukan kesalahan diserahkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi berkenaan berjalan lancar dan terkawal tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

“Tindakan yang boleh diambil mengikut Akta Imigresen 1959/63 termasuk Seksyen 55B kerana menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI), Seksyen 55E kerana membenarkan PATI tinggal di premis dan Seksyen 56(1)(d) kerana melindungi PATI,” jelasnya.

Dalam pada itu, Khairul berkata, pihaknya mengingatkan orang ramai supaya tidak menggaji, melindungi atau membenarkan PATI tinggal di rumah atau premis di bawah kawalan mereka.

“Operasi dan pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang,” katanya. – UTUSAN

The post Pihak berkuasa gempur pusat komersial di Pandan Mewah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved