![Image from: [VIDEO] ‘Seram, ada yang meninjau’](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-15-at-3.32.19-PM-1024x740.jpeg)
PETALING JAYA – Seorang lelaki didakwa diintai sewaktu sedang melepaskan ‘hajat’ di dalam tandas awam, dalam kejadian di Bukit Jelutong, Shah Alam.
Video kejadian itu dikongsikan lelaki tersebut menerusi akaun Threads, Ehhnasss berhubung kejadian yang didakwa berlaku seminggu lalu.
Dalam video berkenaan, kelihatan kepala seorang lelaki tiba-tiba muncul mengintai dari bahagian ruang bawah penghadang yang memisahkan antara tandas.
“Seram, ada pula yang meninjau. Lokasi Bukit Jelutong. Ni tandas tingkat dua.
“Sebenarnya video ni bukan baru, dah seminggu macam tu. Hari ini baru berani nak up (muat naik) lepas cerita kat kawan sekerja. Sebab terngiang-ngiang bila terfikir benda macam ini. Sampai nak pergi tandas awam pun rasa seram dah,” katanya pada hantaran tersebut baru-baru ini.
Lelaki itu mendakwa, pelaku berkenaan dipercayai warga asing.
Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna Thread lain, malah ada juga berkongsi pengalaman diintai di tandas awam.
“Saya dulu pernah je cakap, ‘kenapa tak sembur, kenapa tak tangkap, kenapa itu kenapa ini’. Tapi satu hari saya kena macam ni juga. Kena tinjau bawah pintu tandas. Masa tu tergamam je. Terkejut sampaikan tak boleh nak berfikir. Tahu-tahu dah menggigil sebab terkejut. Sejak dari tu, saya bawa telefon masuk tandas,” komen pengguna Thread Ophie77.
“Gelinya, muka tangan badan atas lantai tandas. Buatnya bekas orang cirit kat situ,” kata Heyray.co.
“Lagi seram dari hantu,” kata Kwonsoonyounglover. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] ‘Seram, ada yang meninjau’ appeared first on Kosmo Online.


![[VIDEO] Anggota JPJ maut, empat cedera nahas tiga kenderaan](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/5df2062f-21ef-45b4-b5f2-91f423eb05f7.jpeg)

