[VIDEO] Terkejut lihat lelaki tanpa pakaian ‘roadshow’ tengah jalan raya

30 Oct 2026 • 12:45 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Terkejut lihat lelaki tanpa pakaian ‘roadshow’ tengah jalan raya

PETALING JAYA – Pengguna jalan raya tergamam selepas seorang lelaki dilihat berjalan dalam keadaan tanpa pakaian di tengah-tengah kesesakan lalu lintas di ibu negara, semalam.

Kejadian itu dirakam menerusi kamera papan pemuka sebuah kenderaan sebelum videonya dimuat naik oleh seorang pengguna Threads, @fiystagramm dan meraih perhatian ramai.

Berdasarkan rakaman tersebut, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 6.43 petang ketika keadaan jalan raya sesak dan hujan, berhampiran Stesen LRT Masjid Jamek.

Rakaman menunjukkan lelaki berkenaan berjalan di celah-celah kenderaan yang sedang berhenti sebelum melintas betul-betul di hadapan kenderaan perakam.

“Ni kes malam semalam tau, buat ‘roadshow’ pula depan kereta aku. Rosak mata,” tulis pemilik akaun berkenaan berseloroh.

Hantaran itu meraih lebih 249,000 tontonan selain ribuan tanda suka dan perkongsian dengan rata-rata pengguna media sosial terkejut melihat tindakan lelaki berkenaan.

Lebih mengejutkan, beberapa pengguna mendakwa pernah terserempak dengan individu dipercayai lelaki sama yang sering berjalan di sekitar kawasan pusat bandar.

Seorang pengguna mendakwa lelaki terbabit kebiasaannya memakai pakaian dan pernah dilihat berjalan di sekitar Jalan Sultan Ismail.

“Aik selalu dia pakai seluar, ni bogel pula dah pak cik ni. Dahsyat dia ni, satu Kuala Lumpur dia merayau. Selalu jumpa dia tengah jalan dekat area Jalan Sultan Ismail,” katanya.

“Ini jalan kami laki bini balik kerja. Jauh wei dia jalan kadang sampai hospital Tun Shen kadang sampai Dataran Merdeka. Kemudian tahu-tahu dekat Chow Kit,” komen pengguna lain.

“Eh, selalu nampak dia berjalan kaki merayau di lampu isyarat. Sekejap main selipar, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Tapi dia tahu tau lampu isyarat hijau atau merah. Tapi biasanya dia pakai baju dengan seluar pendeklah. Lain macam pula kali ini,” komen pengguna lain juga. – KOSMO! ONLINE

The post [VIDEO] Terkejut lihat lelaki tanpa pakaian ‘roadshow’ tengah jalan raya appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved