
PETALING JAYA – Seorang lelaki merayu bantuan orang ramai yang melalui Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Taman Connaught semalam, bagi mendapatkan rakaman kamera papan pemuka (dashcam) kemalangan yang mengorbankan bapanya.
Menerusi hantaran di Threads oleh pengguna @_nanthab1217, kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 5 petang menghala ke Pandan Indah, di sini.
Menurutnya, dia sedang mencari individu yang mempunyai rakaman kejadian berkenaan bagi membantu keluarganya mengetahui bagaimana kemalangan itu berlaku.
“Bapa saya kemalangan dan sudah meninggal dunia. Saya sedang cari dashcam sebab kita tak dapat tahu macam mana kemalangan itu berlaku.
“Tolong kalau ada sesiapa nampak masa kemalangan itu, hubungi saya,” katanya menerusi hantaran tersebut.
Hantaran itu turut mendapat perhatian pengguna media sosial lain yang bersimpati dengan nasib keluarga mangsa, selain membantu menyebarkan semula permohonan berkenaan bagi meluaskan pencarian rakaman.
Seorang pengguna @kakkinphotography, menzahirkan ucapan takziah dan berharap ada individu tampil membantu keluarga tersebut.
“Sedihnya, dah nak dekat Deepavali. Saya doa ada insan dapat bantu awak dan keluarga awak segera. Saya repost (kongsi semula),” katanya.
Pengguna lain @allilily123, turut menyatakan hasrat untuk berkongsi hantaran berkenaan di Instagram bagi mendapatkan lebih banyak maklum balas.
Sementara itu, seorang lagi pengguna @asambpedastomyam, mencadangkan supaya lelaki berkenaan turut mendapatkan bantuan menerusi kumpulan dashcam di Facebook.
“Semoga dipermudahkan urusan encik sekeluarga dan ayah awak dapat keadilan. Cuba tanya dalam kumpulan dashcam di Facebook,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Bapa maut kemalangan MRR2, anak rayu rakaman ‘dashcam’ appeared first on Kosmo Online.

![[VIDEO] ‘Dah bertahun pak Arab takluk Cyberjaya’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-28-at-1.05.47-PM-1024x768.jpeg)
![“Parkir Pun Boleh Jadi Drama” – Tular Wanita Cuba Cop Parkir, Didakwa Membebel Sampai Kedai Runcit Selepas Cubaannya Gagal [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/cop-parkir_netizen_1.jpg?t=1793090661)


![[VIDEO] Viva berpusing atas lebuh raya, tiba-tiba datang ‘towing’ dari belakang](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-20-at-3.40.44-PM-1024x766.jpeg)
