Video wanita pukul, tinggal budak belakang rumah undang kecaman ramai

LocalFamily & Parenting
21 May 2026 • 6:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Video wanita pukul, tinggal budak belakang rumah undang kecaman ramai
Tangkap layar rakaman video tular memaparkan seorang wanita meninggalkan seorang kanak-kanak di belakang rumah.

SEREMBAN - Tular video memaparkan seorang kanak-kanak ditinggalkan di bahagian belakang rumah dipercayai oleh pengasuhnya dalam kejadian didakwa berlaku di Sendayan di sini.

Menerusi video berkenaan, kanak-kanak itu dilihat menangis dan menjerit selepas ditinggalkan sebelum wanita tersebut membuka pintu lalu memukulnya.

Menjengah di ruangan komen, ramai yang mengecam perbuatan tersebut malah meminta pemilik video membuat laporan polis.

Di aplikasi Threads, seorang wanita yang dipercayai pemilik video menjelaskan dia tidak berniat menularkan rakaman berkenaan, sebaliknya melakukan perkongsian kerana tidak sanggup melihat perlakuan jirannya itu.

Dia turut memberitahu, sering mendengar kanak-kanak berkenaan menangis dan tindakannya menghalakan CCTV ke rumah jirannya itu kerana tiada pilihan.

Tulisnya lagi, walaupun ramai mengecamnya kerana video terbabit telah tular dan mungkin boleh menimbulkan pergaduhan antara jiran, namun dia lebih memikirkan nasib kanak-kanak itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, pihaknya meminta pemilik video supaya tampil menyalurkan maklumat kepada polis agar siasatan dapat dilakukan.

"Setakat jam 5 petang ini, kita belum menerima apa-apa laporan berkaitan video yang tular, namun dalam masa sama sedang menyemak butirannya.

"Pihak kami tidak dapat mengenal pasti lokasi sebenar kejadian ini dan di dalam video yang tular hanya menyebut Sendayan," katanya.

Jelas beliau, jika lokasi sebenar dapat dikenal pasti, polis boleh membuat laporan sebagai maklumat pertama untuk diambil tindakan lanjut.

Tambahnya, pihaknya memandang serius kejadian tersebut dan tidak akan berkompromi sekiranya benar berlaku kes penganiayaan atau penderaan.

"Polis juga meminta orang ramai atau pemilik rakaman supaya tampil membantu menyalurkan maklumat supaya siasatan dapat dijalankan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved