
Viper Niza Racing memulakan kempen Michelin 24H Series Europe 2026 dengan langkah positif apabila menamatkan perlumbaan 12 Hours of Mugello di kedudukan ke-4 kelas GT3-AM serta P8 kategori GT3.
Bermula dari petak ke-14 dalam grid 28 jentera, pasukan Malaysia itu mempamerkan aksi konsisten sepanjang perlumbaan endurance 12 jam yang dibahagikan kepada dua bahagian, sekali gus mengesahkan status mereka sebagai pencabar serius musim ini.
Mengemudi Mercedes-AMG GT3 EVO #65, trio Douglas Khoo, Dominic Ang dan Melvin Moh melengkapkan 344 pusingan dengan catatan masa terpantas 1:48.353. Walaupun berdepan cabaran termasuk dua insiden tayar pancit yang memaksa hentian pit tidak dijadualkan, pasukan kekal tenang dan mengekalkan rentak kompetitif hingga ke garisan penamat.
Dalam Race 1, Viper Niza menamatkan saingan di P12 keseluruhan dan P5 GT3-AM selepas 156 pusingan. Momentum diteruskan dalam Race 2 walaupun keadaan trek berubah antara kering dan basah, dengan ketiga-tiga pemandu memberikan stint yang mantap sebelum Melvin Moh membawa jentera ke penamat.
Keputusan ini bukan sahaja memberikan mata penting, malah menjadi asas kukuh untuk memburu podium dalam baki empat pusingan musim ini.
Pasukan akan meneruskan cabaran di pusingan seterusnya, 12 Hours of Spa-Francorchamps di Belgium pada 17–19 April.
Teruskan bersama Four Wheels.
#FourWheels #TWMedia #TWinfo #ViperNizaRacing #Michelin24HSeries #12HMugello #EnduranceRacing
The post Viper Niza Racing Buka Kempen Michelin 24H Series 2026 European Series Dengan Top 5 GT3-AM Di Mugello appeared first on TW Media.

