Vivo X200 FE Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 30 Jun 2025

TechnologyDigital
24 Jun 2025 • 11:01 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo mengesahkan tarikh pelancaran rasmi model baharu X200 FE di Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada penghujung bulan ini. Peranti ini tampil dengan rekaan kompak dan binaan yang tegap bagi menjadikannya sesuai untuk pengguna yang mahukan saiz yang selesa digenggam.

image is not available

Aspek fotografi turut diberi penekanan menerusi kerjasama dengan ZEISS untuk sistem kameranya. Dalam artikel pandang pertama diterbitkan sebelum ini, beberapa hasil gambar awal telah dikongsikan yang menunjukkan prestasi cukup baik dalam pencahayaan mencukupi bersama butiran memuaskan. Ulasan penuh prestasi akan dikongsikan dalam artikel akan datang.

image is not available

Laman web rasmi juga telah diterbitkan yang memaparkan beberapa spesifikasi utama seperti kamera utama 50MP, bateri berkapasiti 6500mAh, dan sistem operasi FunTouchOS 15. Peranti turut boleh dipra-tempah dengan deposit serendah RM20 dan pembeli berpeluang menerima hadiah eksklusif seperti vivo TWS 3e, jaminan tambahan selama setahun, baucar tunai RM20 dan pelbagai ganjaran menarik yang lain.

Untuk maklumat lanjut, nantikan pelancaran rasmi tidak lama lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved