VOGE RACING TEAM BELUM MENGALAH, R&D JENTERA AKAN DITERUSKAN

12 Aug 2026 • 9:54 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: VOGE RACING TEAM BELUM MENGALAH, R&D JENTERA AKAN DITERUSKAN

Voge Racing Team kekal positif dan bersemangat selepas saingan ARRC minggu lalu, apabila jentera mereka dalam kategori UB150 masih bergelut untuk memberikan prestasi yang diharapkan.

Menurut Azlan Shah, pasukan sebenarnya sudah mencuba beberapa komponen baharu sepanjang perlumbaan tersebut, namun perubahan yang dilakukan masih belum memberikan impak besar terhadap prestasi keseluruhan jentera.

“Memang sasaran kami untuk berada dalam kelompok 10 terbaik, tetapi kali ini belum berjaya. Motor agak ‘struggle’ dan apabila barang-barang baharu yang dicuba tidak banyak membantu, pelumba juga terpaksa bekerja lebih keras,” jelas beliau.

Bagaimanapun, situasi itu tidak mematahkan semangat pasukan. Sebaliknya, Voge Racing Team melihatnya sebagai sebahagian daripada proses pembangunan untuk menghadapi persaingan sengit di pentas Asia.

Azlan Shah menegaskan bahawa usaha R&D akan diteruskan dengan pasukan kini memberi perhatian kepada beberapa bahagian penting termasuk cam, head dan gearbox bagi mencari lagi kelebihan pada jentera Voge FR150.

“R&D takkan berhenti selagi jentera ini belum mampu berada dalam kelompok 10 terbaik saingan Asia,” tambah beliau.

Perjalanan Voge Racing Team masih panjang dan setiap data serta pengalaman yang dikutip menjadi bekalan penting untuk membina jentera yang lebih kompetitif pada pusingan seterusnya.

The post VOGE RACING TEAM BELUM MENGALAH, R&D JENTERA AKAN DITERUSKAN appeared first on TW Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved