Wah Chan Rai Ulang Tahun Ke-70, Lancar Koleksi Barang Kemas Premium ‘Love Infinity’

24 Sep 2025 • 1:31 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Wah Chan, salah satu jenama barang kemas tersohor di Malaysia, meraikan ulang tahun ke-70 dengan penuh bangga, menandakan tujuh dekad bersama rakyat Malaysia.

Sejak memulakan operasi pada tahun 1955, Wah Chat terus berkembang daripada sebuah kedai kecil di Pekan kepada lebih 50 cawangan di seluruh negara.

Pencapaian ini bukan sahaja mengiktiraf perjalanan Wah Chan, malah menjadi penghormatan kepada kenangan yang diabadikan menerusi barangan kemasnya dari generasi ke generasi.

Kisah Wah Chan bermula dengan pasangan suami isteri, Koh Kui Wah dan Lai Swee Chan, yang berkongsi minat mendalam terhadap seni pertukangan emas dan semangat keusahawanan.

Dari sebuah kedai tukang emas kecil, Wah Chan berkembang pesat menjadi jenama dipercayai dengan koleksi barang kemas yang pelbagai dari emas hinggalah berlian.

Koleksinya kemudian turut berkembang daripada emas kuning tradisional kepada berlian, jed, dan batu permata, yang menjadi sebahagian daripada momen paling bermakna dalam kehidupan – dari lamaran, perkahwinan, ulang tahun, hingga sambutan kekeluargaan.

Di sebalik kejayaan Wah Chan adalah komitmen terhadap kualiti dan seni pertukangan. Setiap koleksi mencerminkan keseimbangan antara tradisi dan keanggunan moden, direka untuk semua generasi dan majlis istimewa. Setiap hasil direalisasikan oleh pasukan pengukir, pakar batu permata, dan pereka, yang menggabungkan warisan dengan inovasi kontemporari bagi menghasilkan ciptaan yang abadi.

Mengulas ulang tahun ke-70, Pengarah Wah Chan Jewellery, Amanda Koo berkata:

“Selama tujuh dekad, Wah Chan bukan sekadar pengeluar barang kemas – kami telah menjadi sebahagian daripada momen paling bermakna dalam kehidupan pelanggan. Barang kemas bukan sekadar hiasan – ia adalah lambang cinta, warisan, dan ekspresi diri. Pencapaian ini bukan sahaja milik kami, tetapi juga milik setiap pelanggan yang memilih Wah Chan untuk meraikan kisah mereka.”

Koleksi Ulang Tahun ke-70

Sempena ulang tahun bersejarah ini, Wah Chan melancarkan Love Infinity, koleksi barang kemas premium yang meraikan cinta dalam pelbagai bentuk untuk diri sendiri, pasangan, anak, dan keluarga. Setiap warna membawa simbol abadi:

  • Merah – Semangat
  • Hijau – Kesihatan
  • Putih – Kedamaian
  • Berlian – Cinta Abadi
  • Emas – Kemakmuran

Inti koleksi ini adalah Love Infinity 24K Bracelet — gelang 24K rekaan khas pertama Wah Chan hasil sentuhan oleh Amanda Koo sendiri.

Koleksi ini terhad kepada 70 unit sahaja di seluruh dunia yang mana setiap gelang disertakan laporan sah, ukiran logo ulang tahun ke-70, serta hak tukar percuma dua kali seumur hidup. Harga pelancaran bermula RM4,950.

Selain itu, Wah Chan turut memperkenalkan Gold Bar Ulang Tahun ke-70, bar emas eksklusif dengan motif keseimbangan, kesihatan, cinta, panjang umur, dan kekayaan. 70 pembeli bertuah akan menikmati keistimewaan “100% Buy Back” selama 7 tahun, bersama pulangan tahunan terjamin 7% untuk 3 tahun pertama.

Kempen Celebrate 70 Years of Love

Berlangsung sehingga 13 Disember 2025, kempen ini menampilkan promosi eksklusif, pengalaman hujung minggu, cabutan bertuah, dan pelbagai ganjaran, antaranya:

  • Diskaun RM70 untuk gram pertama emas 916
  • Penjimatan sehingga 70% untuk barangan terpilih
  • Cabutan bertuah dengan hadiah mingguan jongkong emas 10g, bulanan cincin berlian 1 karat, dan hadiah utama sebuah Tesla Model 3
  • Baucar RM700 untuk pembelian minimum RM700
  • Cabaran mingguan “Gold Beans Challenge” dengan hadiah menarik
  • Aktiviti interaktif termasuk “Love in Every Step Fun Duo Run” serta peraduan “AI Song & Wah Chan Dance” bersama kolej tempatan

Sambutan ulang tahun ini menjadi peringatan bahawa barang kemas bukan sekadar perhiasan, tetapi simbol cinta, momen berharga, dan legasi yang diwarisi.