Isteri kepada pelakon Fizo Omar, Fazeera Nazri meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang ibu mentua yang penyayang dan sentiasa mengambil berat kebajikannya, terutama sepanjang melalui fasa kehamilan.
Menerusi temu bual bersama sebuah program, Fazeera berkata ibu mentuanya, Hasnah Jidin, sentiasa memastikan dirinya mendapat rehat secukupnya dan tidak membenarkannya melakukan kerja-kerja rumah ketika berbadan dua.
Advertisement
“Dia sangat penyayang. Semasa saya mengandung, dia memang tidak membenarkan saya melakukan sebarang kerja. Dia meminta saya untuk berehat sahaja.”
Fazeera turut mendedahkan ibu mentuanya merupakan individu pertama yang menyedari dirinya hamil kerana cukup arif mengenai tanda-tanda awal kehamilan.
“Orang yang paling awal mengesan saya mengandung adalah mak mentua sendiri kerana dia sangat tahu dan faham tentang simptom-simptom awal kehamilan itu.”
Katanya lagi, ibu mentuanya juga sentiasa berusaha memenuhi selera makan sepanjang dia berdepan alahan yang teruk.
View this post on Instagram
“Dia akan bertanya saya mahu makan apa. Kalau saya ada alahan terhadap sesuatu makanan, dia akan cuba sedaya upaya untuk memasak hidangan yang saya boleh makan.”
Dalam pada itu, Fazeera berkongsi antara rahsia hubungan baiknya dengan ibu mentua adalah sentiasa berkomunikasi dan mencari persamaan dalam kehidupan seharian.
Menurutnya, memandangkan Fizo sering sibuk dengan urusan kerja, dia lebih banyak meluangkan masa di rumah bersama ibu mentuanya.
“Disebabkan Fizo sering sibuk, saya yang lebih banyak berada di rumah akan cuba mencari persamaan atau minat yang sama supaya kami lebih serasi dan mudah berkomunikasi.”
Untuk rekod, Fizo Omar pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Mawar Karim pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata sebelum bercerai pada 2019.
Fizo kemudian berkahwin dengan Fazeera Nazri pada Oktober 2021 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Diam Pasti Menang" - Netizen Puji Memey Suhaiza, Tetap Tenang Walau Terpalit Isu Abby Abadi & Marissa Dania
The post “Waktu Saya Mengandung, Dia…” – Isteri Fizo Omar Dedah Sikap Ibu Mentua, Anggap Diri Bertuah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




