Bekas isteri kepada penyanyi dan usahawan, Nubhan iaitu Dr Fie Tawfek meluahkan rasa sedih selepas mengetahui keadaan kesihatan bekas ibu mentuanya, Mak Jenny yang dikhabarkan kurang sihat.
Menurut Dr Fie, walaupun dia dan Nubhan sudah tidak lagi bergelar suami isteri, hubungan baik dengan Mak Jenny tidak pernah terputus dan beliau tetap menganggap wanita itu sebagai ibu mentuanya.
Advertisement
“Saya dengar juga cerita daripada sosial media yang Mak Jenny jatuh dan ada retak, walaupun saya tak sempat berjumpa dan bersemuka mak mentua itu tetap mak mentua.
“Walaupun putus hubungan suami isteri tapi mak mentua tetap mak mentua,” katanya kepada Sinar Plus.
Dr Fie berkata, dia sentiasa mendoakan agar ibu kepada Nubhan itu diberikan kesembuhan dan kembali sihat seperti sediakala.
Malah, beliau turut berharap Nubhan dapat menjalankan tanggungjawab menjaga ibunya dengan sebaik mungkin sepanjang tempoh sukar ini.
View this post on Instagram
“Tapi memang Allah tahu doa saya itu sentiasa bersama dengan Mak Jenny. Sebelum ini pernah sekali yang dia jatuh dan saya pernah bersama-sama dengan dia di hospital. Jadi saya tahu tak senang nak jaga orang tua ini.
“Jadi saya doa banyak-banyak untuk Mak Jenny cepat sihat. Semoga Nubhan dapat jaga mak dengan baik sebab mungkin ini adalah satu peluang untuk dia jaga mak tak perlu fikir benda lain.
View this post on Instagram
Terdahulu, Nubhan mencuri perhatian ramai apabila berkongsi keadaan terkini ibunya, Mak Jenny, yang kini sedang berdepan masalah kesihatan.
Menerusi perkongsian di TikTok, penyanyi itu mengakui tidak menyangka ibunya yang selama ini disifatkan sentiasa sihat akhirnya diuji dengan masalah kesihatan sehingga terlantar.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Neelofa Umum Pendaftaran Ejen Susu Pisang Nilofa Dibuka, Bakal Kembali Jadi Fenomena? - "Korang Excited Tak?"
The post “Walaupun Dah Berpisah, Mak Mentua Tetap Mak Mentua” – Dr Fie Doakan Ibu Nubhan Cepat Sembuh first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




