Isteri Fizo Omar Dedah Sikap Sebenar Ibu Mertua

Family & ParentingLifestyle
7 Jul 2026 • 11:06 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Fasa kehamilan memang bukan benda mudah, lebih-lebih lagi bila perlu berdepan alahan, perubahan emosi dan badan yang cepat penat.

Bagi isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri, dia cukup bersyukur kerana memiliki ibu mentua yang sangat mengambil berat tentang dirinya sepanjang melalui fasa berbadan dua.

Ibu Fizo Omar tak bagi buat kerja rumah

Image from: Isteri Fizo Omar Dedah Sikap Sebenar Ibu Mertua
Kredit Foto: Fizo Omar

Menerusi temu bual bersama sebuah program, Fazeera berkongsi ibu mentuanya, Hasnah Jidin, sangat penyayang dan sentiasa memastikan dia mendapat rehat secukupnya.

Menurut Fazeera, ibu mentuanya tidak membenarkannya melakukan kerja rumah ketika hamil. Sebaliknya, dia diminta untuk berehat sahaja demi menjaga kesihatan diri dan kandungan.

Dia sangat penyayang. Semasa saya mengandung, dia memang tidak membenarkan saya melakukan sebarang kerja. Dia meminta saya untuk berehat sahaja- Katanya.

Orang pertama sedar Fazeera Nazri hamil

fizo omar

Lebih manis, Fazeera mendedahkan ibu mentuanya juga merupakan individu pertama yang menyedari dirinya sedang hamil.

Katanya, Hasnah cukup arif dengan tanda-tanda awal kehamilan dan memahami perubahan yang berlaku pada dirinya ketika itu.

Bukan setakat itu, ibu mentuanya juga sentiasa bertanya makanan apa yang dia mahu, terutama ketika berdepan alahan yang teruk.

Kalau ada makanan yang membuatkan Fazeera tidak selesa, ibu mentuanya akan cuba memasak hidangan lain yang lebih sesuai untuk dimakan.

Komunikasi jadi rahsia hubungan baik

Image from: Isteri Fizo Omar Dedah Sikap Sebenar Ibu Mertua
Kredit Foto: Fizo Omar

Dalam masa sama, Fazeera turut berkongsi rahsia hubungan baiknya dengan ibu mentua adalah komunikasi.

Menurutnya, memandangkan Fizo sering sibuk dengan urusan kerja, dia lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersama ibu mentuanya.

Disebabkan itu, Fazeera cuba mencari persamaan dan minat yang sama supaya hubungan mereka lebih serasi dan mudah untuk berborak.

Image from: Isteri Fizo Omar Dedah Sikap Sebenar Ibu Mertua
Kredit Foto: Fizo Omar

Untuk rekod, Fizo Omar pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Mawar Karim pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata sebelum bercerai pada 2019.

Fizo kemudian berkahwin dengan Fazeera Nazri pada Oktober 2021 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Pssttt! Untung sebenarnya kalau dapat keluarga mentua yang memahami dan sentiasa menyokong, lagi-lagi waktu melalui fasa besar macam kehamilan. Dalam rumah tangga, komunikasi dan sikap saling menghargai memang nampak kecil, tapi kesannya besar untuk jaga hubungan supaya kekal harmoni.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Isteri Fizo Omar Dedah Sikap Sebenar Ibu Mertua appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved