Wan Ahmad Dahlan dilantik Pengerusi MRT Corp baharu

LocalPolitics
18 Aug 2026 • 4:07 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Wan Ahmad Dahlan dilantik Pengerusi MRT Corp baharu

PETALING JAYA – Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dilantik sebagai Pengerusi baharu Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp), berkuat kuasa 13 Ogos lalu.

Pelantikan itu dibuat ketika MRT Corp memasuki fasa penting dalam pelaksanaan mandat membangunkan infrastruktur rel dan pembangunan bandar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Mohd. Zarif Hashim berkata, pengalaman luas Wan Ahmad Dahlan dalam pentadbiran awam, tadbir urus dan kepimpinan institusi diyakini memberi nilai besar kepada syarikat berkenaan.

“Pengalaman beliau akan memberi nilai yang besar kepada MRT Corp dalam melaksanakan projek infrastruktur utama negara serta memperkukuh peranannya dalam memajukan agenda mobiliti dan pembangunan bandar di Malaysia.

“Kepakaran beliau dalam pengurusan institusi dan pelaksanaan dasar juga akan membantu MRT Corp terus memperkukuh keupayaan pelaksanaannya serta memenuhi mandatnya sebagai pemangkin kepada kelestarian bandar dan mobiliti rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sepanjang lebih tiga dekad dalam perkhidmatan awam, Wan Ahmad Dahlan pernah memegang beberapa jawatan penting termasuk Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja di Istana Negara.

Beliau memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 1995 dan berkhidmat di pelbagai kementerian serta institusi kerajaan utama.

Selain perkhidmatan awam, beliau turut memegang jawatan Pengerusi Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia dan Razak School of Government serta menganggotai lembaga beberapa organisasi termasuk Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Dalam pada itu, MRT Corp menjelaskan pihaknya kini melaksanakan beberapa projek infrastruktur utama termasuk RTS Link Johor Bahru-Singapura dan LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang.

Pada masa sama, syarikat itu terus memperkukuh keupayaannya dalam pembangunan berorientasikan transit, pembangunan hartanah bersepadu dan penjanaan hasil komersial. – KOSMO! ONLINE

The post Wan Ahmad Dahlan dilantik Pengerusi MRT Corp baharu appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved