Wanita Direman 4 Hari Kes Penemuan Mayat Bayi Tanpa Kepala

18 Oct 2026 • 5:34 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Wanita Direman 4 Hari Kes Penemuan Mayat Bayi Tanpa Kepala

KUALA TERENGGANU - Seorang wanita berusia 23 tahun direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat bayi tanpa kepala di Taman Perumahan Padang Setengge, Hulu Terengganu, pada Jumaat.

Perintah reman bermula Ahad hingga 21 Oktober itu dikeluarkan oleh Majistret Nur Athirah Hashim di Mahkamah Majistret Kuala Berang bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab, berkata wanita berkenaan ditahan pada jam 3.30 petang semalam.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran secara sulit dengan melupuskan mayat, tanpa mengira sama ada bayi berkenaan meninggal dunia sebelum, ketika atau selepas dilahirkan.

Jika sabit kesalahan, individu boleh dipenjara sehingga dua tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.

Penemuan itu terbongkar selepas seorang wanita menemui sisa tubuh bayi ketika membasuh pakaian di belakang rumahnya di kawasan perumahan berkenaan.

Sisa tubuh yang ditemukan terdiri daripada satu lengan dan kedua-dua belah kaki sebelum wanita itu memaklumkan kejadian kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Padang Setengge.

Bedah siasat yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, mendapati bayi berkenaan meninggal dunia lebih 24 jam sebelum ditemukan. - Getaran, 18 Oktober 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved