Wanita ditahan kes hutang kutu didakwa, suami jadi saksi

LocalBusiness & Finance
12 Aug 2026 • 9:40 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Wanita ditahan kes hutang kutu didakwa, suami jadi saksi

ALOR SETAR – Seorang wanita berusia 36 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan kes hutang permainan kutu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.

Suaminya berusia 39 tahun pula akan dipanggil menjadi saksi bagi kes tersebut.

Pasangan suami isteri itu sebelum ini direman selama empat hari bermula Khamis lalu sebelum tempoh reman disambung dua hari lagi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Kosmo! pada 4 Ogos lalu melaporkan tiga beranak dari Bukit Kayu Hitam, dekat sini dilaporkan hilang sejak 20 Julai lalu sebelum polis tidak menolak kemungkinan kehilangan itu mempunyai kaitan dengan hutang permainan kutu.

Pasangan suami isteri berusia 39 dan 36 tahun itu kemudian tampil menyerahkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, Jitra pada Khamis lalu sebelum direman.

Sebanyak 35 laporan polis dibuat mangsa berusia antara 23 hingga 53 tahun terhadap wanita terbabit berhubung dakwaan penipuan wang permainan kutu membabitkan kerugian keseluruhan RM1.7 juta.

Salah seorang mangsa dikenali sebagai Mohamad, 33, mendakwa kehidupannya kini terjejas akibat kerugian kira-kira RM185,000 akibat terjebak penipuan dilakukan suspek.

Menurut Mohamad, iste­ri­nya yang berusia 32 tahun merupakan antara 35 mangsa yang kerugian RM1.7 juta terperdaya penipuan itu dan kini mengalami tekanan emosi selepas kehila­ngan wang simpanan mereka. – KOSMO! ONLINE

The post Wanita ditahan kes hutang kutu didakwa, suami jadi saksi appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved