
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Inisiatif kerajaan seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui sistem MyKasih diakui sememangnya membantu golongan yang memerlukan.
Manakan tidak, inisiatif sebegini membolehkan individu yang menerima bantuan mendapatkan barangan asas yang tersenarai di bawah program MyKasih.
Kebiasaannya, bantuan akan diberi melalui sistem tanpa tunai (cashless) bernilai RM100 atau RM200 sebulan.
Penerima hanya perlu membeli barang yang tersenarai di bawah inisiatif tersebut dan menyerahkan MyKad mereka kepada juruwang ketika membuat bayaran.
Pun begitu, ada penerima khususnya yang terdiri daripada warga emas masih keliru dengan penggunaan sistem ini hingga kadangkala menimbulkan kemarahan orang ramai khususnya pekerja pasar raya.
Wanita Simpati Dengar Warga Emas Kena Marah Dengan Juruwang
Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi kisah sedih sewaktu dia sedang membeli barang dapur pada hujung minggu lalu.
Kongsi wanita berkenaan di Threads, dia simpati mendengar seorang warga emas yang dipercayai penerima bantuan MyKasih dimarahi oleh juruwang sebuah pasar raya.
Semuanya gara-gara warga emas itu telah membeli barang yang tidak tersenarai dalam bantuan tersebut.
“Semalam cutikan, kitaorang topup barang dapur sebulan sekali. Pagi-pagi tak ramai orang, aman je nak pilih barang.
“Tapi part dekat kaunter tak best sebab depan mata aku sendiri cashier cakap macam ni ‘mak cik lain kali kalau tak reti, jangan la redeem duit dari MyKasih ni. Menyusahkan orang la’.
“Aku duduk belakang mak cik tu. Dia terkebil-kebil je lepas kena marah. Aku dengar lagi dia (cashier) tanya ‘Ini barang ni nak proceed ke tak? Sebab barang-barang ni tak termasuk dalam MyKasih’,” kongsinya lagi.

Wanita Terus Ambil Keputusan Bayarkan Lebihan Barangan Warga Emas
Warga emas berkenaan pada mulanya mengambil keputusan untuk membeli barangan tersebut memandangkan barang itu telah habis dirumahnya.
Namun, dia mendakwa hanya mempunyai RM50 sahaja untuk membayar barangan berkenaan sedangkan jumlah keseluruhan adalah bernilai RM65.80.
Wanita itu kemudiannya bertanyakan juruwang terbabit tentang situasi sebenar dan juruwang terbabit mendakwa warga emas tersebut kekurangan wang bernilai RM15.80.
Simpati dengan warga emas berkenaan, wanita itu mengambil keputusan untuk membayar lebihan baki walaupun pada asalnya ditolak oleh warga emas berkenaan.
“Mula-mula mak cik tu tak nak tahu. Dia suruh aku simpan je duit tu, dia pergi letak balik barang tu dekat rak.
“Aku cakap ‘eh, takpe la mak cik. Saya belanja mak cik hari ni. Cukup mak cik doakan saya murah rezeki selalu, sihat tubuh badan.
“Dia dah bergenang air mata. RM 15 je pun, bukannya banyak mana dari dia penat nak hantar balik. Aku ni dah la lemah tengok orang nangis tak pasal aku teriak sekali,” kongsinya lagi.

Perkongsian Hanya Sekadar Untuk Peringatan, Mohon Anak-Anak Teman Ibu Beli Barang
Jelas wanita berkenaan, perkongsiannya itu hanya sebagai peringatan untuk mereka yang masih mempunyai ibu bapa dan bukanlah untuk mencari publisiti.
“Yang ada emak ayah, please jangan bagi diorang redeem (tebus) SARA atau MyKasih sorang-sorang.
“Aku cakap ni bukan apa. Aku tak sanggup tengok orang lain marah-marah atau tinggi suara dekat orang tua.
“Aku terbayang mak ayah aku. Sebab tu aku pesan macam ni. Kalau korang busy, korang hire (upah) la PS (personal shopper) belikan untuk parent korang.
“Jangan bagi diorang beli sendiri. Lagi-lagi kalau seorang diri je. Sekali sekala tanya mak ayah dekat kampung tu barang apa takde atau pun korang balik kampung tu, belikan la apa-apa dekat diorang. Stock up untuk sebulan terus,” tulisnya lagi.

Turut Kongsi Tips Guna Applikasi MyKasih & Senarai Barang Yang Terlibat
Dalam perkongsian itu juga, wanita berkenaan turut 13 barangan yang tersenarai dibawah inisiatif tersebut.
Antara 13 barangan tersebut adalah:
- Beras
- Telur
- Minyak masak
- Tepung
- Roti
- Biskut
- Mee segera
- Makanan dalam tin (sardin, tuna, kacang panjang)
- Minuman (susu, milo, the, nescafe)
- Bahan perasa (sos, kicap, gula, garam)
- Produk kebersihan diri (ubat gigi, sabun cecair mandian, tuala wanita)
- Ubat-ubatan (Panadol, ubat batuk dan lain-lain yang diluluskan KKM)
- Barangan sekolah (Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah, alat tulis)

Jelasnya lagi, penerima bantuan boleh menyemak barang yang tersenarai menerusi aplikasi MyKasih dengan hanya mengimbas kod bar menerusi aplikasi berkenaan selain boleh melihat baki wang MyKasih atau SARA.
“Untuk korang yang tak tahu, korang just boleh ambil barang yang ada tag ‘MyKasih / My Sara’ ni je taw.
“Kalau tiada tag ni, korang kena bayar sendiri. Barang basah tak include ya. Macam mak cik ni dia pergi ambil barang basah & barang tak include dalam MyKasih tu.
“So memang kena bayar asing even dalam akaun dia ada RM300 pun. Lagi satu. Nanti dekat kaunter cashier akan minta password korang.
“Kalau korang tak ubah default password tu, korang tak payah bimbang. Bagitahu je enam digit kad pengenalan korang yang belakang,” kongsinya.
Ramai Geram Dengan Layanan Juruwang Kepada Warga Emas
Perkongsian yang telah mendapat lebih 162,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang mengecam dan mempersoal tindakan juruwang terbabit dalam memberi layanan buruk kepada warga emas berkenaan.
Malah, ada yang turut berkongsi pengalaman berhadapan dengan situasi serupa.
Ini antara komen pengguna Threads:
“Yang Biasa Jaga Kaunter MyKasih Memang Rude Kenapa Ye? Muka Jeling Macam Kita Miskin”

“Kesian Tengok Muka Orang-Orang Tua Yang Redeem MyKasih. Kita Muda Ni Yela Ada Kelebihan Baca Atau Scan Aplikasi, Nak Tahu Mana Barang Yang Boleh”

“Dekat Tempat Saya Siap Ada yang Bergaduh Dengan Cashier, Tak Tahu La Sebab Apa Sampai Que Nak Bayar Panjang Gila”

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Kagum Lihat Keperibadian Warga Emas, Enggan Terima Bantuan & Anggap Orang Lain Lebih Memerlukan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Biadapnya Jawapan” – Respon Peniaga Terhadap Komen Pelanggan Tentang Kualiti Makanan Jadi Bualan
Source:

![“Nonchalantnya Accident” – Dua Rider Berlanggar Di Simpang Jalan Kerana ‘Fokus Kelaut’ Raih Perhatian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)
![Isteri Dah Habis Haid & Belum Mandi Wajib Tapi Suami Nak Bersama, Boleh Ke? Ini Penjelasannya [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)