Wanita maut dipercayai serangan jantung, kereta dipandu rempuh dua motosikal

LocalHealth & Fitness
14 Aug 2026 • 8:06 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Wanita maut dipercayai serangan jantung, kereta dipandu rempuh dua motosikal

GEORGE TOWN, 14 OGOS: Seorang wanita meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika memandu kenderaan pelbagai guna (MPV), sebelum merempuh dua motosikal yang diparkir di tepi Jalan Macalister di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata dalam kemalangan yang berlaku di hadapan sebuah restoran itu, mangsa warga tempatan berusia 36 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Polis mengesahkan kemalangan itu hanya membabitkan pemandu MPV berkenaan manakala dua motosikal yang terlibat dalam kemalangan dan dilihat dalam video tular sebenarnya tidak mempunyai penunggang serta berada dalam keadaan diparkir di tepi restoran.

“Mangsa meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di HPP dan dipercayai mengalami serangan jantung ketika kemalangan. Bedah siasat akan dijalankan dalam masa terdekat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 1 minit 52 saat memaparkan kejadian sebuah kereta merempuh dua buah motosikal di hadapan sebuah restoran yang dipercayai berlaku kira-kira 2 petang hari ini.

-- BERNAMA

TAG: kemalangan, serangan jantung, rempuh, dua motosikal, Abdul Rozak Muhammad

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved