Wanita menangis dituduh bunuh anak lima tahun

3 Aug 2026 • 2:04 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Wanita menangis dituduh bunuh anak lima tahun

GEORGE TOWN – Sepasang kekasih warga asing dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang budak lelaki berusia lima, yang juga anak kepada wanita terbabit, Julai lalu.

Tertuduh, Dina Hayati, 30, yang merupakan warga Indonesia dan pasanganya warga Bangladesh, Sany, 34, mengganguk faham pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Noor Idayu Salim.

Namun, tiada sebarang pengakuan bersalah direkodkan terhadap kedua-dua tertuduh tkerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, pasangan terbabit didakwa dengan niat bersama membunuh seorang kanak-kanak.yang merupakan pemegang kad Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR) di ruang tamu sebuah rumah di Lintang Merak, Sungai Dua, kira-kira pukul 9.30 pagi, 23 Julai lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan, jika sabit bersalah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Danial Amir Saad.

Semasa prosiding, Ahmad Danial tidak memohon sebarang jaminan dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh dan memohon tempoh dua bulan untuk sebutan semula kes berkenaan termasuk laporan ujian padanan asid deoksiribonukleik (DNA).

Majistret Noor Idayu kemudiannya memutuskan tiada jaminan dibenarkan terhadap pasangan terbabit sekali gus menetapkan 6 Oktober depan sebagai sebutan semula kes.

Selesai prosiding, wanita terbabit dilihat menangis dan mengesat air mata dengan tudung yang dipakainya.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita warga Indonesia dan teman lelakinya warga Bangladesh direman selama tujuh hari, bermula 24 Julai lalu bagi membantu siasatan berhubung kematian kanak-kanak lelaki berusia lima tahun.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) sebelum pihak hospital mendapati terdapat kesan lebam pada anggota badan kanak-kanak tersebut. – KOSMO! ONLINE

The post Wanita menangis dituduh bunuh anak lima tahun appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved