Wanita Mengamuk Di KLIA Terlupa Makan Ubat - Polis

LocalHealth & Fitness
19 Aug 2026 • 1:09 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Wanita Mengamuk Di KLIA Terlupa Makan Ubat - Polis

SEPANG - Seorang wanita warga China yang bertindak agresif dengan menjerit di Balai Berlepas Antarabangsa, Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Selasa lalu, dipercayai mengalami masalah mental.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.19 petang ketika wanita berusia 27 tahun itu sedang menunggu penerbangan pulang ke China.

Menurutnya, wanita terbabit bukan sahaja menjerit dengan suara nyaring, malah berlari, menyanyi dan menari sehingga mengganggu penumpang lain di sekitar kawasan berkenaan.

“Anggota keselamatan terminal yang tiba di lokasi bagi menenangkan keadaan kemudian membawa wanita itu ke Balai Polis Terminal 1 untuk tindakan lanjut.

“Siasatan mendapati wanita berkenaan dijadualkan menaiki penerbangan pulang ke China pada 18 Ogos selepas tiba di negara ini sebagai pelancong bersama rakannya pada 6 Ogos,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

M Ravi berkata, wanita itu kemudiannya dibawa ke Hospital Kajang dan ditempatkan di Wad Psikiatri untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pihak kedutaan turut dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

“Wanita terbabit dipercayai mengalami masalah kesihatan mental dan bukan di bawah pengaruh dadah. Keadaannya stabil dan dia masih menerima rawatan di hospital.

“Menurut rakannya, wanita itu dipercayai terlupa mengambil ubat yang diberikan oleh doktor,” katanya. - Getaran, 19 Ogos 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved