Terlupa Makan Ubat, Pelancong China Bertindak Agresif & Berlari Di Balai Perlepasan KLIA

19 Aug 2026 • 12:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz 5

Balai Perlepasan Antarabangsa Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar semalam selepas seorang wanita warga China mencetuskan kekecohan dengan bertindak agresif di hadapan orang ramai.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.19 petang itu, suspek berusia 27 tahun berkenaan dilihat menjerit, berlari, menyanyi, serta menari tanpa kawalan di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi berkata, siasatan awal mendapati wanita terbabit disyaki mengalami masalah kurang siuman dan bukannya berada di bawah pengaruh dadah.

Artikel berkaitan: Gara-gara Degil Tak Patuh Arahan, Powerbank Milik Warga China Terbakar Dalam Kapal Terbang

Artikel berkaitan: Anggota Didakwa Hina Penduduk Setempat Ketika Melancong Di China, Polis Buka Kertas Siasatan

@trulysglah

Mainland Chinese woman creates ruckus in KLIA T1 Satellite Building demanding the surrender of Singapore and Japan

♬ original sound – Truly SG – Truly SG

Terlupa Ambil Ubat Sebelum ‘Flight’

Menurut beliau, maklumat yang diperoleh daripada rakan suspek mengesahkan wanita itu dipercayai terlupa mengambil ubat yang dijadualkan sebelum kejadian berlaku.

“Hasil siasatan mendapati suspek merupakan warga China yang dijadualkan menaiki penerbangan pulang ke negara asalnya pada hari kejadian selepas melancong di Malaysia bersama rakannya sejak 6 Ogos lalu,” katanya.

Kekecohan itu bagaimanapun berjaya dikawal selepas pihak keselamatan terminal yang menerima aduan bertindak pantas ke lokasi kejadian sebelum membawa suspek ke Balai Polis Terminal 1 KLIA untuk tindakan lanjut.

Dihantar Ke Wad Psikiatrik Hospital Kajang

Mengulas lanjut mengenai perkembangan suspek, M Ravi memberitahu wanita berkenaan kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Kajang selepas ditempatkan di wad psikiatrik bagi tujuan pemantauan lanjut.

Dalam pada itu, pihak polis juga telah memaklumkan insiden berkenaan kepada pihak Kedutaan China bagi membantu urusan serta tindakan selanjutnya berhubung kebajikan warga negara mereka.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved