Wanita Nekad Lawan Harimau Demi Selamatkan Anak Yang Diserang

Entertainment
18 Sep 2022 • 1:40 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang wanita cedera parah selepas nekad melawan seekor harimau yang menyerang beliau dan anaknya yang berusia satu tahun di India.

Wanita yang berusia 25 tahun dari Madhya Pradesh, India dianggap sebagai hero kerana melawan harimau dewasa itu tanpa menggunakan sebarang senjata.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan dari Oddity Central, ketika kejadian itu berlaku, Archana Choudhary dan anaknya sedang berjalan melintasi Bandhavgarh Tiger Reserve dan secara tiba-tiba seekor harimau melompat keluar dari semak-samun lalu menerkam dan membawa lari anaknya.

Dengan naluri keibuan yang kuat, Archana menyerang harimau itu dengan tangan untuk menyelamatkan anaknya daripada menjadi habuan haiwan itu.

image is not available

Hasil daripada pergelutan itu, Archana berjaya menghalau harimau itu dan menyelamatkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia mengalami kecederaan yang serius pada belakang badan, pinggang dan lengan.

Jeritannya ketika bergelut dengan harimau itu didengari oleh penduduk kampung berhampiran yang kemudiannya turut sama mengejar dan menghalau harimau itu.

Kedua-dua mereka kini sedang dalam rawatan di hospital berdekatan dan akan dibenarkan keluar selepas disahkan sembuh.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.