
LONDON – Seorang penerjun udara wanita terselamat selepas tidak sedarkan diri di udara dan jatuh pada ketinggian lebih 3000 meter akibat perlanggaran ngeri ketika melakukan terjunan bebas, lapor saluran berita The Sun UK.
Holly Wiffen, 35, masih berehat di rumahnya susulan insiden di Lapangan Terbang Langar, dekat Nottingham.
Dia yang mempunyai rekod 425 terjunan tidak sabar untuk kembali beraksi dalam sukan ekstrem itu walaupun nyaris terkorban.
Kejadian berlaku ketika Wiffen menyertai terjunan berkumpulan pada ketinggian 3,657 meter, baru-baru ini. Seorang penerjun lain terlanggar kepada Wiffen pada kelajuan kira-kira 160 kilometer sejam sejurus selepas terjunan, menyebabkan mangsa pengsan.
Tanpa menyedarinya, Wiffen sempat menarik tali payung terjunnya pada ketinggian 304 meter, kira-kira lima saat sebelum terhempas.
Dia melanggar pokok konifer yang membantu memperlahankan kadar kejatuhan dan menyelamatkan nyawanya.
“Kebanyakan orang tidak terselamat dalam kemalangan seperti ini,” katanya. – AGENSI
The post Wanita selamat jatuh dari ketinggian lebih 3,000 meter appeared first on Kosmo Online.






