
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Motosikal merupakan salah satu kenderaan utama yang digunakan oleh orang ramai untuk menuju ke sesuatu destinasi.
Namun ada juga yang menggunakan kenderaan ini sebagai hobi seperti menaiki motosikal bersama rakan atau keluarga secara berkumpulan dan menuju ke sesuatu destinasi.
Malah ada juga yang menyertai kumpulan khas untuk aktiviti seperti itu selain ada yang mengambil peluang untuk meluangkan masa bersama isteri dengan menaiki motosikal untuk berjalan-jalan.
Wanita tertidur ketika jadi pembonceng raih perhatian
Baru-baru ini, sepasang suami isteri dipercayai turut melakukan perkara sama apabila dilihat menaiki motosikal berkuasa tinggi bersiar-siar.
Namun dalam video yang dikongsikan oleh Dekya di TikTok, terdapat perkara yang menjadi perhatian orang ramai dan bimbang dengan hal tersebut.
Menerusi video yang dikongsikan kelihatan si isteri yang membonceng motosikal tertidur sambil memeluk suaminya.
Namun kelihatan suami memegang tangan isteri yang sedang mendakapnya untuk tujuan keselamatan.
Manakala sebelah lagi tangan memegang bahagian throttle (pendikit) untuk mengawal motosikal tersebut.
“POV (Point Of View): Jadi suami tu tak mudah dan tanggungjawab sangat ‘berat’,” kata wanita itu dalam video tersebut.
@dekya_mua “🧑🏻 : eh dia ni boleh lelap pulak.. ingat ringan ke? 😒” . Muka tak payah redha sgt 😌 @Botackgewel #hdlovestory #budakmelaka ♬ Originalton – … – 90er_Kind
Ramai prihatin dan bimbang keselamatan jika pembonceng tertidur
Melihat di ruangan komen, ramai yang bimbang apabila melihat Dekya tertidur sewaktu membonceng motosikal.
Malah ada yang berseloroh sambil memberikan nasihat untuk membeli dan memakaikan isterinya harness bagi tujuan keselamatan, serta memesan ia adalah perkara yang bahaya.
Tidak kurang ada pengguna yang meminta untuk mereka berhenti di mana-mana kawasan selamat.
Namun Dekya juga ada memaklumkan bahawa mereka selepas itu berhenti di kawasan rawat dan rehat (RnR) dan bertanya keadaan isteri sebelum meneruskan perjalanan.

Dia juga memaklumkan perkara seperti tertidur jarang berlaku kerana sering mendapatkan rehat yang cukup.

Sang suami juga berterima kasih kepada orang ramai yang prihatin mengenai keselamatan serta nasihat yang diberikan.

Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi mereka juga pernah mengalami situasi seperti itu.
“Bahayanya, mudahan sentiasa selamat sampai destinasi..”

“Saya pagi-pagi pergi kerja dengan suami pun tidur dekat belakang. Tambah-tambah kalau bulan puasa, ngantuk bangun awal..”

“Kena beli tali pinggang yang pakai dekat kanak-kanak masa naik motor tu”

“Kak jangan selalu tidur atas motor bahaya. Saya dah kena sekali. Saya bawa adik naik motor agak jauh juga. Saya tak tahu dia dah terlelap dan hampir jatuh.”

“Bahaya sebenarnya, takut terlelap ke tepi risiko jatuh (dari atas motosikal)”


![Individu Dakwa Sisa Daging Dibuang Dalam Sungai, Netizen Persoal Tanggungjawab & Adab Korban [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/environment.jpeg)



