Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam kereta

LocalHealth & Fitness
5 Oct 2026 • 11:47 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam kereta
Polis memaklumkan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Foto hiasan

MELAKA - Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di tempat duduk penumpang hadapan sebuah kereta Proton Saga di kawasan parkir Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner  Halim Abas dalam kenyataan pada Isnin berkata, wanita berusia 69 tahun itu ditemukan pada kira-kira jam 4 petang dan baru keluar dari hospital Melaka serta masih memakai pakaian hospital selain tangan kiri beranduh.

"Mangsa mendapatkan rawatan kerana retak bahu kiri akibat terjatuh di rumah. Anak lelaki mangsa yang berusia 44 tahun menerima panggilan telefon daripada Hospital Melaka pada jam 1.50 tengah hari untuk membawa pulang wanita itu yang memakai pakaian hospital kerana tiada pakaian ganti,” katanya.

Halim berkata, setibanya di kawasan parkir pada kira-kira jam 2.50 petang, mangsa dikatakan enggan keluar dari kereta sebelum jiran mangsa yang berusia 47 tahun mendapati wanita itu tidak sedarkan diri dalam keadaan sebelah kaki berada di luar kereta pada jam 3.30 petang.

Beliau berkata, wanita itu mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan pernah dirawat di Hospital Melaka.

Pemeriksaan ke atas tubuh mangsa mendapati tiada kecederaan yang mencurigakan dan setakat siasatan dijalankan, tiada unsur jenayah dikesan.

Halim berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan bedah siasat akan dilakukan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka pada Isnin. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved