Wanita warga emas ditumbuk, gelang tangan emas diragut ketika ke masjid

2 Nov 2026 • 6:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Wanita warga emas ditumbuk, gelang tangan emas diragut ketika ke masjid
Polis giat menjalankan siasatan bagi mengesan suspek.

DUNGUN - Seorang wanita warga emas cedera selepas ditumbuk lelaki yang meragut gelang tangan emasnya semasa berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan solat Subuh di Kampung Sura di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab Halim Nik Mat berkata, kejadian berlaku jam 5.35 pagi dan mangsa berusia 62 tahun didatangi suspek yang menumbuk pipi kiri mangsa dua kali sebelum meragut gelang dari tangan kanannya.

"Suspek melarikan diri dengan motosikal biru yang berdekatan lokasi kejadian.

"Mangsa mengalami kecederaan ringan pada bahagian pipi dan bibir,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Nik Ab Halim berkata, polis menerima laporan kejadian itu jam 6.43 pagi pada Ahad.

Beliau berkata, polis giat menjalankan siasatan bagi mengesan suspek termasuk mengambil keterangan saksi serta menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved