Polis masih kesan suspek bakar wanita warga emas

11 Aug 2026 • 10:15 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Polis masih kesan suspek bakar wanita warga emas

PETALING JAYA: Polis masih mengesan suspek yang dipercayai menyimbah dan membakar seorang wanita warga emas menggunakan petrol di sebuah premis menjual nombor ramalan di Taman Pusat Kepong, di sini, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Jasni Zolpa berkata, usaha mengesan suspek masih dijalankan, manakala mangsa masih dalam keadaan kritikal.

“Kes masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan ringkas malam ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, mangsa mengalami kira-kira 50 peratus melecur selepas disimbah cecair disyaki petrol sebelum dibakar.

Polis turut meneliti rakaman CCTV di sekitar lokasi bagi mengenal pasti suspek serta pergerakannya.-UTUSAN

The post Polis masih kesan suspek bakar wanita warga emas appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved