Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui apabila berada di usia emas pastinya kita tidak lagi mempunyai daya kekuatan seperti di usia 20-an. Meskipun sudah berusia, namun setiap individu sentiasa digalakkan untuk sentiasa bergerak atau aktif mengikut kemampuan masing-masing.
Jemaah lelaki warga emas di Singapura lakukan senaman FitMuay untuk tingkatkan kekuatan
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan sekumpulan jemaah lelaki di Masjid Yusof Ishak, Singapura yang sedang menyertai kelas senaman FitMuay sehingga meraih perhatian ramai.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Jurulatih Arun Rosiah di Instagram, kelihatan para jemaah yang menyertai senaman ini begitu bersemangat.
Setiap orang ada kerusi, lakukan senaman mengikut kemampuan masing-masing
Mereka dilihat mempunyai kerusi masing-masing, ada yang dilihat duduk di atas kerusi sambil melakukan senaman.
Ada juga yang berdiri dan mereka semua dilihat melakukan pergerakan menumbuk angin dengan pelbagai gaya.
Kata Arun untuk mencapai usia tua yang sihat, kumpulan yang digelar ‘Titans’ dari masjid berkenaan memerlukan kegembiraan, rasa ingin tahu dan minda yang terbuka dengan perkara baharu.
Oleh itu, dia memperkenalkan senaman atau latihan ‘FitMuay’ kepada jemaah tersebut.
Menurutnya maklumat yang terlalu banyak membuatkan warga emas berasa terbebas atau hilang mina selain arahan atau teguran yang berlebihan juga boleh menyebabkan mereka kurang bersemangat serta keyakinan diri.
Nak warga emas buat pergerakan yang menyeronokkan
“Matlamat saya mudah iaitu hanya mahu mendapatkan perhatian mereka dan melakukan pergerakan yang menyeronokkan.
“Kami fokus sepenuhnya kepada rentak berterusan untuk pukulan seperti ‘jab, cross, uppercut dan hook’. Dengan membiarkan pakcik berkenaan berfikir apakah yang akan datang, otak mereka sentiasa tajam dan peka, ia secara tidak langsung melatih keupayaan neuroplastisiti mereka secara aktif,” katanya.
Kata Arun lagi sementara warga emas itu seronok dengan aktiviti terbabit, badan mereka juga secara tidak langsung dapat mengaktifkan keupayaan untuk memutar tulang belakang dan bina kestabilan otot teras yang diperlukan untuk melindungi diri dari insiden tergelincir atau jatuh secara tiba-tiba dalam situasi sebenar.
Kongsi masalah kesihatan dihadapi oleh para jemaah dalam kumpulan Titans
Arun dalam hantaran tersebut turut berkongsi sedikit latar belakang mengenai peserta kumpulan Titans:
- Ada peserta yang pernah menjalani pembedahan jantung secara bypass
- Dua daripada peserta mengalami strok, dan salah seorangnya telah didiagnos pada tiga tahun lalu
- Selebihnya mempunyai masalah seperti darah tinggi, sendi yang ketat khususnya di bahagian lutut dan bahu
- Seorang lagi pernah melalui bebeerapa pembedahan disebabkan tulang patah
“Mereka mungkin mempunyai pelbagai masalah medikal tetapi mereka berusaha dalam kumpulan untuk meningkatkan kekuatan, mobiliti, keseimbangan, koordinasi dan tenaga dalam kehidupan harian. Insya-Allah.”
View this post on Instagram
Arun adalah jurulatih, ada pengalaman 10 tahun sebagai freelance personal trainer
Arun turut ada berkongsi beberapa lagi video memaparkan kesungguhan kumpulan Titan itu melakukan pelbagai jenis senaman.
View this post on Instagram
Sedikit latar belakang mengenai Arun, beliau merupakan seorang jurulatih dan juga bekas guru.
Pada 11 tahun yang lalu, Arun pernah menghidap cancer dan hari ini jurulatih berusia 62 tahun itu kembali membantu lelaki dan wanita untuk bersenam secara selamat, membina semula kekuatan dan meningkatkan mobiliti serta bergerak dengan penuh keyakinan.
Arun telah menjadi jurulatih secara freelance selama 10 tahun dan 30 tahun pengalaman dalam bidang pembelajaran fizikal (Physical education).
View this post on Instagram
Ramai suka lihat warga emas bergerak aktif
Menjengah di ruangan komen, ramai yang gemar melihat warga emas bergerak aktif, dan melakukan aktiviti yang sihat itu.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan para jemaah yang bersenam di dalam masjid itu begitu comel dengan pergerakkan masing-masing.
“Terbaik”
![Image from: Warga Emas Di Singapura Sertai Kelas Boxing Di Masjid Untuk Tingkatkan Kekuatan Dalaman Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-21-at-4.17.48-PM-701x1024.jpeg)
“Cute lah acik-acik ni semua”
![Image from: Warga Emas Di Singapura Sertai Kelas Boxing Di Masjid Untuk Tingkatkan Kekuatan Dalaman Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-21-at-4.18.02-PM-627x1024.jpeg)
“Gembira sangat mlihat mereka mencuba dan menyukainya”
![Image from: Warga Emas Di Singapura Sertai Kelas Boxing Di Masjid Untuk Tingkatkan Kekuatan Dalaman Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-21-at-4.18.03-PM-627x1024.jpeg)





