Warga emas uzur diusung penduduk kampung ke bank

16 Sep 2026 • 4:38 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Warga emas uzur diusung penduduk kampung ke bank

BANGKOK – Penduduk sebuah perkampungan terpaksa mengusung seorang warga emas yang uzur sejauh sembilan kilometer supaya dia dapat menyelesaikan masalah kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah cawangan bank di daerah Sangkla Buri, Thailand, lapor laman berita Bangkok Post. 

Imej dimuat naik di platform Facebook oleh akaun Glai Ta Tae Glai Teen baru-baru ini, menunjukkan Seapuey Thongphachangon, 90, diusung dari kampung Ko Sadeung. 

Pasukan yang membantunya terdiri daripada pegawai keselamatan kampung, pegawai kebakaran hutan, sukarelawan kesihatan dan penduduk tempatan. 

Mereka dilihat mengusung Thongphachangon dari rumahnya yang terletak di kawasan pedalaman ke Kong Mong Tha sebelum diangkut ke cawangan Bank Krungthai di Sangkla Buri dengan trak pikap. 

Langkah itu dibuat selepas kad ATM Thongphachangon tidak boleh digunakan untuk mengeluarkan wang 

Keluarga Thongphachangon sering menggunakan kad berkenaan untuk mengeluarkan dana setiap bulan bagi menampung penjagaannya, menurut salah seorang pegawai yang terlibat.

Kebanyakan pengguna media sosial memuji komuniti berkenaan kerana membantu warga emas tersebut, sambil menggesa pihak perbankan dan pihak berkuasa untuk memastikan perkhidmatan kewangan mudah diakses oleh penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar. 

Ko Sadeung terletak di barat Perlindungan Hidupan Liar Thung Yai Naresuan. Perjalanan ke kampung tersebut amat mencabar terutamanya ketika musim hujan kerana jalan raya tidak dapat dilalui oleh kenderaan. – AGENSI

 

The post Warga emas uzur diusung penduduk kampung ke bank appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved