Warga JIM Kuala Lumpur ziarah keluarga mangsa

19 Aug 2026 • 3:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Warga JIM Kuala Lumpur ziarah keluarga mangsa
Warga JIM Kuala Lumpur hadir menziarahi keluarga mangsa kemalangan maut di IPFN HKL pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Suasana pilu menyelubungi keluarga tiga beranak yang maut dalam kemalangan selepas menerima kehadiran Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur yang hadir menziarahi keluarga mangsa di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur di sini pada Rabu.

Kehadiran itu diketuai Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamsha Injau.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kehadiran warga JIM Kuala Lumpur terdiri daripada pegawai lelaki dan wanita itu dilihat kira-kira jam 1 petang.

Ziarah itu selesai kira-kira jam 2.20 petang dalam keadaan yang harmoni.

Sebelum itu lebih 10 petugas media berada di pekarangan luar IPFN HKL seawal jam 10 pagi bagi mendapatkan perkembangan terkini insiden terbabit.

Sinar Harian difahamkan jenazah tiga beranak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak dalam satu liang lahad.

Beberapa ahli keluarga mangsa turut kelihatan hadir bagi menunggu proses bedah siasat selesai.

Tiga sekeluarga itu maut selepas dipercayai dilanggar lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, kira-kira jam 1 pagi Rabu.

Mereka yang maut dikenal pasti sebagai Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, bersama dua anak perempuannya, Siti Nor Sazlim, 25 dan Siti Darwisyah Auni, 12,

Isteri mangsa, Norhayati Razali, 55, yang turut menjadi mangsa dalam kejadian itu kini sedang dirawat di HKL.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved