Warga Myanmar didakwa cederakan kanak-kanak

21 Oct 2026 • 2:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Warga Myanmar didakwa cederakan kanak-kanak
Warga Myanmar didakwa cederakan seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun, September lepas. Gambar hiasan

MELAKA - Seorang warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun, September lepas.

Bagaimanapun, pertuduhan yang dibacakan ke atas Shofikah Abdul Shukur, 35, tidak direkodkan kerana tertuduh tidak memahami bahasa Melayu atau Inggeris.

Wanita itu didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap kanak-kanak berkenaan, dengan menampar muka mangsa beberapa kali, mengikat tangan dan kaki serta menghempasnya ke lantai.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Baiduri 9 di Pulau Melaka, Melaka Tengah di sini, kira-kira jam 11.48 pagi pada 30 September.

Shofikah didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Zaidah Muhamad Zailani, manakala peguam Nigel Tai mewakili tertuduh.

Pihak pembelaan memohon tertuduh dibenarkan diikat jamin, namun Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman menangguhkan perkara itu sehingga tertuduh memahami pertuduhan yang dibacakan dengan bantuan jurubahasa Rohingya yang akan dilantik, serta menetapkan 11 November ini untuk sebutan semula kes. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved