Warisan nafi tarik diri dari Kerajaan Perpaduan

LocalPolitics
4 Aug 2026 • 12:42 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Warisan nafi tarik diri dari Kerajaan Perpaduan

Kota Kinabalu: Parti Warisan (Warisan) menafikan sekeras-kerasnya kenyataan tular di media sosial yang mendakwa parti itu membuat keputusan menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Agungnya Datuk Loretto S Padua Jr berkata kenyataan itu satu lagi bentuk fitnah jahat yang sengaja direka bagi memburuk-burukkan imej parti.

“Pihak tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja tergamak menabur fitnah, malah berani memalsukan dokumen parti seolah-olah ia kenyataan rasmi dikeluarkan saya,” katanya menerusi kenyataan, Isnin.

Sementara itu, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohammad Yusof Apdal dalam kenyataan turut mengesahkan dokumen “Parti Warisan Menarik Diri daripada Kerajaan Perpaduan” adalah palsu.

Ahli Parlimen Lahad Datu daripada parti itu menegaskan sebagai wakil Warisan dalam Kerajaan Persekutuan, tiada sebarang keputusan atau pengumuman rasmi dibuat kepimpinan tertinggi parti berhubung perkara itu.

“Saya menyeru orang ramai supaya tidak mudah terpedaya atau menyebarkan dokumen palsu yang bertujuan mengelirukan rakyat serta mencetuskan spekulasi,” katanya.

Mohammad Yusof menegaskan sebarang pendirian atau keputusan rasmi Warisan akan disampaikan menerusi saluran komunikasi rasmi parti dan pimpinan yang diberi mandat sahaja.

Sehubungan dengan itu, beliau mengingatkan masyarakat agar sentiasa membuat semakan terlebih dahulu sebelum berkongsi maklumat selain bersama-sama menolak sebarang bentuk fitnah dan penyebaran berita palsu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved