16 Ogos penentu sama ada DAP kekal atau tidak dalam kerajaan

LocalPolitics
4 Aug 2026 • 9:18 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Anthony Loke bercakap pada sidang media mengenai usul menentukan kedudukan DAP dalam kerajaan yang akan diputuskan oleh perwakilan pada Persidangan Kebangsaan 16 Ogos.

DAP akan menyerahkan kepada lebih 4,000 perwakilan parti untuk menentukan sama ada parti itu akan terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan atau sebaliknya menerusi satu usul yang akan dibentangkan pada Persidangan Kebangsaan parti itu pada 16 Ogos ini.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, keputusan mengenai kedudukan parti dalam kerajaan tidak akan diputuskan oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), sebaliknya diserahkan sepenuhnya kepada para perwakilan.

Menurut beliau, CEC dalam mesyuarat yang diadakan memutuskan supaya satu usul dibawa ke Persidangan Kebangsaan bagi membolehkan perwakilan membuat keputusan sama ada DAP harus kekal dalam kerajaan sehingga tamat penggal Parlimen semasa atau mengambil pendirian sebaliknya.

“Ini adalah satu usul yang akan ditentukan oleh para perwakilan. Keputusan itu tidak dibuat oleh CEC, tetapi kita menyerahkannya kepada para perwakilan yang layak menghadiri persidangan tersebut,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat CEC DAP.

Baca juga:

Anthony berkata, lebih 4,000 perwakilan dijangka menghadiri Persidangan Kebangsaan itu dan mereka akan diberi tanggungjawab menentukan hala tuju parti berhubung kedudukannya dalam kerajaan.

Beliau menegaskan, keputusan itu dibuat selaras dengan amalan demokrasi dalam parti kerana perkara sebesar itu wajar diputuskan oleh perwakilan, bukannya hanya oleh kepimpinan tertinggi CEC.

Katanya, DAP mahu memperkukuhkan proses demokrasi parti dengan memastikan keputusan penting melibatkan masa depan parti dibuat secara kolektif oleh para perwakilan.

The post 16 Ogos penentu sama ada DAP kekal atau tidak dalam kerajaan appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved